Posts

Showing posts from November, 2015

Cara Warnakan Pakaian Anda Dengan Dylon Dye

Image
Mahukah pakaian lama anda menjadi baru? Baik saya ingin berkongsi anda satu tips cara warnakan pakaian anda dengan menggunakan pewarna kekal dari jenama Dylon dye buatan dari Negara United Kingdom. Walau begitu, pakaian yang anda warnakan haruslah mempunyai satu warna sahaja kerana pakaian yang memiliki banyak corak warna yang berlainan, menyebabkan warna pakaian anda akan berubah menjadi satu warna sahaja. Mewarnakan pakaian sesuai bagi mereka yang ingin mewarnakan pakaian ke warna yang lain misalnya dari pakaian warna putih ke pakaian yang berwarna hijau. Saya masih mengingati semasa zaman persekolahan, guru sekolah kami telah mewarnakan sejumlah pakaian putih untuk diwarnakan ke warna ungu untuk dijadikan sebagai pakaian sukan untuk sekolah kami dalam mewakili pertandingan sekolah peringkat daerah. Pewarna Dylon Dye Dalam Bentuk Kotak Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan seperti Polis, Navy, Tentera atau persatuan-persatuan yang mempunyai uniform tertentu, anda d...

Tips Penjagaan Asas Kereta Dan Cara Mengatasi Kereta Rosak Semasa Dalam Perjalanan

Image
Kereta rosak semasa dalam perjalanan sama ada semasa anda pergi berjalan-jalan untuk bershopping, semasa melawat rumah kawan, semasa dalam perjalanan balik kampung, dalam perjalanan ke tempat kerja atau hal-hal lain, sepatutnya, boleh diselesaikan dengan cara yang mudah jika anda melakukan persediaan-persedian untuk mengatasi kereta anda rosak secara tiba-tiba di tengah jalan. Tentunya kereta rosak di tengah jalan adalah satu hal yang malang bagi kita kerana segala perancangan yang kita rancang pada hari tersebut tidak dapat dilakukan kerana kereta mengalami kerosakan. Ini adalah sedikit panduan asas penjagaan kereta yang perlu anda tahu dan lakukan sebelum kereta anda mengalami masalah di tengah jalan dan tip cara mengatasi sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan Pentingnya mengetahui asas penjagaan kereta Melalui pengalaman penulis, beberapa pengetahuan asas penjagaan kereta perlu diketahui untuk mengelak berlakunya kerosakan kereta anda secara tidak dijangka. Pengeta...

Tips Memilih Syarikat Insuran Kereta Yang Bagus

Image
Pernahkah anda berfikir bagaimana untuk mendapatkan syarikat insuran kereta anda yang diyakini memiliki reputasi perkhidmatan yang baik kepada pelangganya? Kebanyakan daripada anda selalunya hanya bertanya kepada kawan-kawan tanpa mengetahui  perkhidmatan sebenar syarikat insuran ini kepada pelangganya apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dimasa akan datang semasa tuntutan insuran dilakukan. Betapa pentingnya anda mengetahui latar belakang syarikat insuran anda kerana sesetengah perkhidmatan syarikat insuran tidak benar-benar memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelangganya. Tips memilih syarikat insuran kereta yang bagus. Di Negara ini, banyak sekali insuran kereta yang  ada dan mereka cuba menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk menarik pelangganya tetapi perkhidmatan yang diberikan hanya segelintir sahaja yang memberik perkhidmatan yang terbaik kepada pelangganya. Sebenarnya anda tidak mengetahui perkhidmatan sebenar mereka dalam b...

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Image
Pengalaman mengalami fuel pump Proton Gen-2 rosak. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya cuba menghidupkan kereta Proton Gen-2, kereta ini hidup secara normal tetapi dalam beberapa minit, kereta Gen-2 ini mati secara tiba-tiba seolah-olah minyak tidak berfungsi dengan baik. Pada mulanya, saya merasakan kereta ini mengalami masalah pada bateri kereta memandangkan bateri kereta ini telah lama saya gunakan. Memang agak pelik kerosakan ini kerana sebelum ini kereta Gen-2 yang saya selalu gunakan tidak mengalami masalah enjin mati secara tiba-tiba. Bertanya pada kawan-kawan mengenai masalah kereta. Pada mulanya, saya cuba menghubungi kawan-kawan saya yang arif mengenai kereta tetapi mereka mengatakan ianya berpunca dari bateri kereta yang telah weak atau bateri yang telah sampai tempoh untuk diganti dengan bateri kereta yang baru. Fuhh, kereta apabila mula meragam, segala perancangan kita pada hari tersebut segalanya tidak menjadi seperti yang dirancang. Pada mulanya, saya mem...

Tips Cari Homestay Di Pulau Labuan

Image
Hello, agak lama tidak menulis di blog ini memandangkan banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan. Baik,  Artikel pada kali ini adalah mengenai tips cari homestay di Pulau Labuan. Anda mungkin ingin mencari homestay di pulau ini kerana datang dengan beberapa perkara penting seperti urusan kerja, pertandingan sukan atau datang untuk bercuti di pulau ini bersama-sama kawan-kawan atau dengan keluarga sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang saya ingin kongsikan bersama kepada anda kerana penulis sendiri tinggal di pulau ini. Meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari  homestay Pertama sekali saranan saya, jika anda mempunyai rakan yang berada di pulau ini, anda boleh menghubungi mereka untuk meminta bantuan mencarikan homestay di pulau ini kerana pulau ini mempunyai banyak homestay untuk pengunjung yang datang di pulau ini. Sesiapa yang telah lama tinggal di pulau ini tentunya telah mengetahui homestay yang terdapat disini. Cari homestay di internet Cara ...

Hiduplah Dalam Jangka Waktu Terbatas

Image
Bagaimana pandangan anda mengenai hidup ini? Menurut anda, apa yang anda faham tentang 'hiduplah dalam jangka waktu terbatas'? Baiklah, saya mempunyai tips untuk dikongsi kepada semua pembaca khususnya di Malaysia, bagaimana mempersiapkan masa hadapan anda agar kearah kehidupan yang lebih bermakna. Tips ini saya cuba amalkan sendiri dan ia telah mempengaruhi keseluruhan hidup saya sehingga sekarang. Hidup ini mesti memerlukan panduan untuk diikuti agar matlamat hidup anda sentiasa bersama anda sehinggalah anda mencapai impian yang anda impikan. Berikut adalah tips yang saya kongsikan bersama anda. Lupakan Kenangan masa lalu Semua manusia mempunyai kisah kenangan lalu mereka sendiri, begitu juga dengan diri anda dan saya sendiri. Adakalanya kenangan-kenangan lalu tentang kisah hidup anda sukar untuk dilupakan dan menjadikan ia sesuatu memori yang indah atau pun pahit. Seorang sahabat saya berasal dari Selangor, menyesali tentang hidupnya kerana tidak belajar b...

Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa

Image
Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa. Beberapa hari lalu, saya telah membaca sebuah buku artikel mengenai panduan membeli insuran perubatan dengan betul. Artikel tersebut menceritakan secara panjang lebar mengenai kepentingan insuran perubatan kepada manusia. Pada pandangan anda sendiri, sejauh mana insuran itu membantu anda dan keluarga anda di masa akan datang? Setiap tahun, pelbagai syarikat insuran  bagaikan candawan tumbuh selepas hujan. Ia sebenarnya baik untuk kerancakan pertumbuhan syarikat di Malaysia tetapi, adakah syarikat tersebut benar-benar memberikan insuran untuk kebaikan kepada masyarakat atau hanya semata-mata untuk wang? Artikel ini adalah panduan asas bagaimana caranya memilih insuran terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Baca terma dan syarat Jika anda berhasrat untuk membeli insuran perubatan, datanglah ke mana-mana cawangan wakil insuran di tempat tinggal anda. Selalunya syarikat insuran terbaik memiliki cawangan syarikat wakilny...

Cara Dapat Benih Halia

Image
Artikel pada kali ini adalah mengenai pertanian, yang mana bertajuk cara dapat benih halia sebagai panduan kepada semua usahawan pertanian yang baru bermula untuk berjinak-jinak dalam pertanian khususnya penanaman halia. Halia memiliki potensi yang amat baik jika anda benar-benar ingin mengusahakan tanaman ini di tanah yang anda usahakan. Ini dibukitkan dengan beberapa usahawan di Negara Malaysia yang menjadikan halia sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Cara dapat benih halia Untuk pengetahuan anda, benih halia amat sukar diperolehi  jika anda tidak tahu cara yang sebenar untuk mendapatkannya. Kebanyakan halia yang dijual di pasaran dijual olelh pihak yang ketiga dan harga yang dikenakan amat tinggi. Selain itu, halia yang dijual adalah jenis gred yang baik, terpilih, dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan untuk makanan, perubatan, dan sebagainya. Benih halia tidak memerlukan gred halia jenis yang baik untuk ditanam kerana tanah yang baik menghasilkan baka halia ...

Perlukah Buat Repot Polis Jika Mykad Hilang

Image
Pernahkah anda mengalami hilang dokumen penting seperti Mykad? Dokumen ini amat penting sekali kerana pemilikan dokumen ini sebagai tanda anda adalah rakyat Malaysia yang sah. Oleh itu jangan ambil mudah jika dokumen ini telah tercicir sama ada berpunca dari diri anda sendiri atau pun sebaliknya. Tahukah anda hampir setiap hari ramai yang memohon gantian semula Mykad di JPN kerana hilang atau tercicir? Mykad atau IC anda hilang menyebabkan banyak urusan anda sukar untuk dilakukan misalnya tentang urusan bank dan urusan lain-lain yang memerlukan pengesahan Mykad . Artikel pada kali ini membincangkan, perlukah kita buat repot Polis apabila Mykad hilang? Sebenarnya, jika anda hilang Mykad berpunca dari kecuaian diri sendiri seperti tercicir, anda boleh datang terus ke mana-mana Jabatan Pendaftaran (JPN) yang terdekat dengan kediaman anda untuk mendapatkan semula gantian Mykad yang baru tanpa memerlukan apa-apa repot dari pihak Polis kerana sistem kerajaan sekarang tidak ingin menyusah...

Cara Menghilangkan Tikus Di Kediaman Anda Selama-Lamanya

Image
Tikus oh tikus, masalah tikus di rumah anda tidak pernah akan hilang jika anda tidak mengatasinya dengan segera. Binatang ini boleh membawa penyakit merbahaya, dan yang paling sering berlaku di negara ini adalah penyakit kencing tikus atau dikenali sebagai leptospirosis yang mampu membunuh manusia jika tidak dirawat dengan cepat. Tahukah anda, rahsia kunci utama untuk menghilangkan habitat tikus di rumah anda adalah mengenai kebersihan rumah anda. Jangan biarkan tikus melawat kediaman anda untuk melihat sisa-sisa makanan yang anda tinggalkan. Ianya cukup mudah bukan? Selain daripada bahaya penyakit, kehadiran tikus yang banyak di rumah anda akan mengundang haiwan yang merbahaya seperti ular tedung untuk mencari tikus. Sekiranya hal ini berlaku, ia akan membawa bahaya kepada diri anda dan semua keluarga anda. Cara menghalau tikus di kediaman anda selama-lamanya Cara menghalau tikus yang terbaik adalah dengan memastikan dengan teliti keseluruhan rumah anda dengan melihat bah...

Cara Bersihkan Periuk Terbakar atau Kuali Hangus

Image
Pernahkah anda mengalami periuk terbakar? Atau kuali hangus? Saya akan berkongsi satu berita baik kepada anda tips ini dan anda boleh merehatkan tangan anda dari keletihan menyental kuali yang terbakar. Memang amat letih dan amat sukar sekali untuk membersihkan kuali yang telah terbakar. Tips ini diyakini bebas dengan bahan kimia dan jadikan sebagai panduan di masa akan datang dan kongsikan juga kepada rakan-rakan anda untuk kebaikan bersama. Baiklah, tips-tips adalah anda mesti memerlukan beberapa bahan seperti cuka putih, baking soda, pengosok periuk dan sedikit air. Anda hanya perlu masukkan sedikit air ke dalam kuali anda, tambahkan secawan cuka dan masak sehingga mendidih. Selepas dari mendidih, alihkan kuali anda ke singki dan tambahkan dua sudu baking soda, tunggu beberapa ketika dan kosongkan air dari periuk anda. Jika masih terdapat sedikit kesan terbakar, buat sedikit pes baking soda, lumurkan keatas permukaan kesan terbakar dan gosok sehingga kesan terbakar hilang. Sel...

Cara Mengatasi Keretakan Cermin Kereta Dari Merebak

Image
Apabila cermin kereta retak,  ia menandakan kereta anda meminta anda wang ,walau begitu anda harus bertindak cepat agar anda tidak kehilangan beratus-ratus ringit dengan membeli cermin kereta yang baru. Selalunya cermin kereta retak adalah cermin di bahagian hadapan. Ini kerap terjadi akibat kereta yang berada di hadapan terlanggar batu kecil dan menyebabkan batu tersebut terpelanting dan mengenai hadapan kereta kita menyebabkan keretakan kecil yang berbentuk bintang. Pada mulanya, keretakan ini hanya kecil sahaja tetapi keretakan ini akan merebak akibat suhu dan tekanan. Untuk pengetahuan anda, retak akibat batu kecil mempunyai beberapa ketegori seperti, star crack, cut crack, Bull eye crack, half moon crack, combination crack dan semua keretakan kecil ini masih boleh dibaiki jika anda bertindak dengan cepat. Jenis-Jenis Retak Cara mengatasi keretakan cermin kereta dari merebak Rahsia utama untuk mengatasi cermin kereta anda dari terus merebak adalah memastikan ce...

5 Kebaikan Vaseline Di Rumah

Image
Minyak Vaselin mempunyai banyak kegunaan termasuklah kegunaan untuk barangan, dijadikan sebagai minyak rambut, misai lilin, menghilangkan kesan mekap di muka, merawat ruam lampin keatas bayi, bibir kering atau pecah-pecah. Untuk pengetahuan anda, Vaselin telah wujud sejak  tahun 1870 lagi, dimana seorang ahli kimia bernama Robert Cheseborough pada masa itu telah membangunkan satu proses penghalusan yang mengubah hitam atau dikenali sebagai rod lilin yang telah ditemui oleh pekerja pelantar minyak ke dalam sesuatu bahan  yang berwarna hijau kuning. Apa yang diketahui pada zaman sekarang bahan tersebut dikenali sebagai jeli petroleum. Selain dari kegunaan yang dinyatakan diatas, sebenarnya Vaselin mempunyai banyak kegunaan di rumah, antaranya adalah seperti: Melancarkan mangga kunci yang berkarat Jika anda merasakan mangga kunci anda sering tersekat dimana anda meyakini mangga kunci anda mungkin telah mengalami karat, anda boleh mencuba dengan meletakkan sedikit min...

Amaran Google Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady

Image
Gmail adalah system email terhebat yang dicipta oleh google untuk kegunaan kepada pelangganya dengan secara percuma. Walau begitu, ancaman baru kepada pengguna  gmail apabila munculnya satu sambungan yang dikenali sebagai ‘Shady Connection’ yang berupaya mencetuskan sambungan yang salah berupa malware yang mampu  mencuri data peribadi kepada pengguna gmail. Pada masa ini google telah berkerjasama dengan Universiti of Illinois dan Universiti Michigan untuk mengenal pasti sambungan tersebut dan cuba berusaha untuk mengawalnya. Sebagai langkah berjaga-jaga, google pada masa ini memberikan amaran kepada pelangganya yang berisiko untuk mendapat serangan malware ini. Gmail Email yang telah mendapat gangguan dari ‘Shady Connection’ akan berupaya menguba email seseorang tanpa disedari dan mengumpul segala maklumat pengguna email tersebut dan ini sudah tentunya amat membahayakan kepada pengguna yang menyimpan segala data peribadi melalui email  seperti maklumat mengen...

Rahsia Batu Geliga Landak

Image
Rahsia Batu Geliga Landak . Semasa waktu kecil, saya sering mendengar mengenai batu geliga Landak yang sering diceritakan oleh orang-orang di kampung saya di daerah Tambunan. Batu geliga landak ini sebenarnya diperolehi dari perut  haiwan liar yang dikenali sebagai Landak dan dijadikan sebagai ubat herba yang amat popular  dikalangan kaum Cina khususnya di Asia Tenggara. Sesiapa yang memperolehi batu geliga ini, kaum Cina sanggup membeli geliga ini dengan harga yang amat tinggi sekali. Walau begitu, tidak semua Landak memiliki batu geliga, kerana hanya Landak tertentu sahaja memiliki geliga ini. Dikatakan, Landak yang akan mengalami sakit disebabkan penyakit-penyakit tertentu akan mencari herba dari rumput-rumput, daun, atau akar-akar kayu untuk mengubati penyakit yang dialaminya. Semasa landak ini dalam proses mengubati dirinya, herba-herba ini akan terkumpul dalam perut Landak itu sendiri dan membentuk bebola kecil yang dikenali sebagai batu geliga Landak. Batu...

Minyak Tawon Amat Popular Di Indonesia

Image
Beberapa bulan yang lepas, seorang kawan saya telah memberikan satu botol minyak yang digelar minyak Tawon buatan dari Negara Indonesia. Pada masa itu, kebetulan telinga saya sakit akibat jangkitan disebabkan oleh kulat. Kawan saya mengatakan, neneknya yang berasal dari Indonesia membawa beberapa botol sebagai buah tangan dari Negara berkenaan. Pada mulanya, saya merasa ragu-ragu dengan ubat ini, tetapi berdasarkan bau minyak saya merasakan, ada sesuatu yang istemewa mengenai minyak ini. Semasa saya mengalami sakit telinga, saya cuba menggunakan minyak ini selepas, puas menerima rawatan di hospital untuk rawatan telinga saya disebabkan jangkitan ini mungkin akibat selalu mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas dan air telah memasuki salur telinga saya dan inilah yang telah menyebabhkan jangkitan. Saya menggunakan minyak ini dengan mencelupkan putik kapas kearah minyak Tawon dan saya akan secara perlahan-lahan putik kapas ke telinga saya yang mengandungi minyak Taw...

Kenapa Perlu Membeli Secara Online Di Lelong.com.my?

Image
Kenapa Perlu Membeli Secara Online Di Lelong.com.my? Saya ingin berkongsi kepada anda tentang satu laman web e-dagang dimana web ini adalah antara yang paling popular di Malaysia iaitu lelong.com.my. Ibupejabat bagi pengurusan web site ini bertempat di Selangor dan mereka menguruskan web ini dengan amat baik sehinggakan berjaya mengumpul ramai pembekal dan penjual kedai secara online di web ini. Jika anda berkesempatan mengunjungi web berkenaan, anda akan melihat beribu barangan popular di jual di web ini dan bagi pandangan saya, web ini adalah milik tempatan yang paling berjaya di negara ini. Saya sendiri telah beberapa kali melakukan pembelian di laman ini tanpa sebarang masalah untuk barangan yang saya tempah sampai di rumah saya.  Benarkah melakukan pembelian barangan di web ini selamat? Secara peribadi, jika anda melihat bagaimana sistem mereka bekerja, pengurusan Lelong.com.my sebenarnya telah berusaha untuk membolehkan pihak pembekal supaya berlaku jujur kepada p...

Pengalaman Tukar Minyak Enjin Kereta

Image
Pengalaman Tukar Minyak Enjin Kereta. Saya bukan lah pakar mengenai kereta tetapi, saya berkongsi cerita mengenai pengalaman saya sewaktu menukar minyak hitam atau minyak enjin keatas kereta saya di workshop atau bengkel. Artikel ini mungkin amat berguna kepada sesetengah orang yang masih baru mengenai kereta, pertama kali menggunakan kereta sendiri dan hal-hal asas mengenai penjagaan kereta harus diberi perhatian terutamanya sekali dari segi penukaran minyak enjin. Minyak enjin perlu ditukar setiap berapa ribu kilometer perjalanan kenderaan anda untuk memastikan enjin kenderaan sentiasa dalam keadaan baik. Pengalaman tukar minyak enjin di bengkel Setiap beberapa bulan, apabila mileage atau kilometer yang tertera di bahagian meter kereta telah mencapai had untuk penukaran minyak enjin, saya akan menghantar kereta saya di bengkel yang berhampiran untuk menukar minyak enjin. Saya selalu menggunakan minyak enjin jenama Shell kerana saya sering mengisi minyak di stesen minyak Sh...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan