Posts

Showing posts from March, 2016

Cara Oder Makanan Anda Dengan McDonalds Delivery

Image
McDonalds adalah salah satu makanan segera yang paling popular di Malaysia kerana bukan sahaja menyediakan makanan yang disukai ramai tetapi ia juga menjanjikan perkhidmatan yang paling pantas kepada pelanggan yang melakukan pesanan semasa berada di restoran mereka. Tips pada kali ini adalah panduan bagaimana melakukan pesanan atau oder makanan McDonalds Delivery dengan cara yang mudah. McDonalds Delivery adalah satu perkhidmatan pesanan makanan segera hanya melalui online atau di dalam talian dan pihak resoran segera ini akan menghantar makanan anda di alamat tempat tinggal anda dengan kadar segera. Walau begitu perkhidmatan ini tertakluk kepada kawasan-kawasan yang terpilih sahaja. Web Rasmi McDonalds Delivery Pada dasarnya, perkhidmatan McDonalds Delivery mempunyai semua rangkaian di seluruh Malaysia tetapi melalui pemerhatian penulis, hanya bandar-bandar utama sahaja yang menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah mengikut mengikut lokasi yang terpilih, w...

Tips Dari Menumbok Ke Labuan: Naik Feri Kenderaan Atau Speed Bot?

Persolan ini mungkin menjadi tanda tanya bagi mereka yang ingin merancang  bercuti ke Pulau Labuan tanpa membawa kenderaan sendiri dari terminal feri menumbok. Pada masa ini terdapat dua perkhidmatan  pengangkutan utama daripada Menumbok ke Labuan. Yang pertama adalah dengan menaiki feri kenderaan dan yang kedua adalah dengan menggunakan perkhidmatan speed bot. Sebenarnya sebelum ini terdapat perkhidmatan feri ekspress melalui Menumbok tetapi kini ianya diambil alih oleh speed bot sahaja. Menaiki feri penumpang dan kenderaan (ro-ro) Jika anda ingin menaiki feri penumpang dan kenderaan melalui Menumbok terdapat beberapa feri kenderaan yang  akan berulang-alik ke Labuan setiap hari untuk membawa kenderaan dan juga penumpang. Untuk mengetahui jadual perjalanan feri ini anda boleh merujuk JadualTerkini Feri Kenderaan Labuan (Ro-Ro) bagi memudahkan perjalanan anda, walau begitu sebenarnya feri ini sentiasa ada di Menumbok mengikut jadual yang ditetapkan. Apa y...

Cara Oder KFC Delivery

Image
Tips ini hanya berdasarkan pengalaman sendiri semasa melakukan oder atau pesanan KFC Delivery yang amat mudah dan menjimatkan masa anda. Anda hanya perlu melakukan panggilan secara di dalam talian dan anda hanya mengambil masa menunggu dalam anggaran kurang sejam untuk pesanan anda sampai di tempat kerja anda ataupun kediaman anda. Dengan adanya KFC Delivery anda tidak perlu bersusah-susah untuk ke restoran KFC lebih-lebih lagi pada waktu malam yang kebanyakan restoran segera ini dipenuhi oleh pelanggan. Cara Oder KFC Delivery Baik, jika anda lihat beberapa tahun yang lepas KFC telah melancarkan KFC Delivery yang mana anda hanya melakukan pesanan menu KFC seperti yang anda kehendaki dan pekerja penghantar akan melakukan hantaran makanan KFC seperti yang anda pesan. Khidmat penghantar makanan KFC ini amat mendapat sambutan yang menggalakan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke restoran KFC. Pekerja KFC menggunakan motosikal syarikat akan menghantar makanan KFC kep...

Tips Elak Tersesat Semasa Di Airport KLIA

Image
Panduan ini amat sesuai bagi sesetengah individu yang tidak pernah menaiki pesawat khususnya bagi penerbangan Malaysia. Hal yang agak memeningkan kepala anda semasa berada di airport yang besar seperti KLIA yang mempunyai banyak sekali  pintu masuk ditambahi dengan kehadiran ramai orang yang ingin menaiki pesawat ke destinasi masing-masing. Adakalanya anda akan melihat ramai orang yang terkejar-kejar untuk mengelakkan terlepas flight sendiri. Tahukah anda terdapat individu yang terlepas flight mereka bukan sahaja kerana mereka lewat sampai di airport tetapi tersesesat di airport itu sendiri. Cara elak tersesat semasa berada di Airport KLIA Panduan ini amat penting untuk anda ambil perhatian kerana terdapat perkara yang boleh anda terlepas flight, misalnya anda menaiki pesawat  daripada Penang  hendak ke Kota kinabalu, flight anda pada masa itu anggaran jam 10.00 malam dan sampai ke airport KLIA jam 10.45 malam. Dalam masa yang sama, flight yang berbeza, pe...

Buah Tangan Menarik Wajib Dibeli Semasa Melancong Di Kota Kinabalu

Image
Apa barangan atau buah tangan yang menarik wajib di beli semasa anda anda melancong di Kota Kinabalu? Tips ini mungkin penting bagi anda semasa berada di KK untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Barangan ini adalah wajib dibeli oleh kebanyakan pelancong ketika berada di bandaraya ini tidak kira pelancong tempatan ataupun pelancong dari luar negara. Setiap negeri memiliki daya tarikan yang tersendiri bukan sahaja kawasan tempat-tempat yang menarik tetapi barangan buatan tempatan  yang popular.Penulis mencadangkan beberapa senarai barangan yang laris dijual di Kota Kinabalu terutamanya  pelancong-pelancong yang berkunjung di bandaraya ini. Barangan menarik di Kota Kinabalu Mutiara Asli Sabah - Mutiara ini diternak melalui kerang laut dan telah menghasilkan banyak butiran mutiara yang dijual kepada pelanggan. Mutiara asli Sabah amat popular sekali terutama kepada pelancong tempatan dan luar negara kerana mutiara ini direka menjadi gelang tan...

Cara Oder Makanan Di Dalam Pesawat

Image
Bagi anda yang baru pertama kali menaiki kapal terbang, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk oder atau melakukan pesanan makanan semasa berada di dalam pesawat. Tips ini berpandukan pengalaman sendiri penulis dan ia mungkin amat berguna kepada anda sebagai panduan. Walau begitu, sekiranya anda ingin berjimat cermat, anda dinasihatkan untuk makan awal sebelum menaiki pesawat kerana harga makanan di dalam pesawat agak mahal. Cara oder makan bagi pesawat MAS Sekiranya anda memilih untuk menaiki pesawat MAS untuk sampai ke mana-mana destinasi yang anda tujui, anda tidak perlu melakukan pesanan untuk makanan anda kerana harga tiket yang anda beli telah sekali dengan makanan anda di dalam pesawat. Walau begitu, jika penerbangan anda memerlukan masa yang agak cepat misalnya daripada KLIA ke Kuantan Pahang, anda akan diberikan hidangan minuman serta Kacang ataupun roti sahaja kerana jangkaan penerbangan hanya memerlukan kurang sejam untuk sampai ke Airport Kuantan. Credit: D...

Buah Tangan Patut Anda Beli Semasa Melancong Di Sarawak

Image
Negeri Sarawak memiliki pelbagai tempat yang menarik yang patut anda kunjungi, penulis berpeluang berkunjung ke Kuching Sarawak pada September  tahun 2004 hingga pertengahan  tahun 2005. Apa yang ingin penulis ketengahkan disini mengenai beberapa barangan yang amat popular  di Sarawak serta kebanyakannya  barangan ini buatan sendiri penduduk pribumi  Sarawak hinggakan ianya disebut-sebut oleh kebanyakan pelancong tempatan terutamanya dari Semananjung dan Sabah. Barangan yang saya nyatakan ini adalah cadangan penulis sendiri agar anda memiliki kenangan semasa berkunjung di negeri berkenaan. Kain batik Sarawak Kain batik Sarawak memiliki keunikan yang tersendiri dan amat berbeza dengan kain batik dari negeri-negeri lain. Kain batik ini dikatakan buatan sendiri rakyat di negeri berkenaan da ianya amat unik kerana kain batik ini melambangkan identity tradisional  Penduduk Sarawak. Kain batik yang amat terkenal  seperti, batik sarong, batik son...

Tanjung Lumpur Kuantan Terkenal Makanan Seafood

Image
Pada waktu malam di bandar Kuantan Pahang, mungkin anda tercari-cari dimanakah tempat yang amat popular untuk menikmati  makan malam anda bersama-sama dengan keluarga, rakan sekerja ataupun kawan-kawan. Sememangnya Kuantan amat popular dengan makanan resepi pantai timur yang sedap serta pelbagai tempat menarik yang ada di negeri Pahang . Bagi pilihan utama penulis, tempat untuk menikmati makan malam yang sedap adalah berada Tanjung Lumpur Kuantan. Boleh dikatakan makan di kawasan ini satu pengalaman yang menarik bagi anda yang baru pertama kali berkunjung di tempat ini. Tanjung Lumpur Kuantan  popular makanan seafood dan ikan bakar Lokasi Tanjung Lumpur adalah berhampiran dengan bandar Kuantan serta berhampiran dengan muara sungai Kuantan dimana ia  juga bersebelahan dengan Padang Lalang. Jika anda daripada bandar, anda harus melepasi jambatan jalan yang menghubungkan bandar kuantan dan Tanjung Lumpur. Jika anda masih keliru dengan kawasan ini, anda boleh...

Pengertian Mimpi Makan Nasi

Beras adalah punca rezeki dalam banyak kehidupan manusia di muka bumi ini. Seseorang yang bermimpi mengenai beras, padi, makan nasi, ia dikatakan terdapatnya petanda yang amat baik mengenai kehidupan anda. Mungkin bukan pada hari ini tetapi akan terjadi pada di masa yang akan datang. Selain itu juga ia menandakan mengenai kesederhanaan dan juga mengenai kerendahan hati  yang mana anda berupaya menyenangkan ramai orang kerana disebabkan kerendahan hati anda. Beberapa pendapat juga mengatakan, bermimpi mengenai beras merupakan simbol bagi kesihatan yang baik, panjang umur dan kelimpahan rezeki. Walau begitu sekiranya di dalam mimpi anda memiliki perasaan yang lapar, terdapat kemungkinan ia adalah petanda mengenai kemelaratan dan juga kesedihan. Selalunya mimpi mengenai beras boleh berlaku apabila anda akan berkhawin, akan mengunjungi majlis perkhawinan, berkeinginan untuk membeli beras, keinginan untuk makan nasi, akan berkongsi makanan dengan seseorang ataupun anda harus ...

Cara Memandu Kereta Auto

Image
Cara memandu kereta auto. Memandu kereta automatik amat berbeza dengan memandu kereta manual dari segi penggunaan tombol gear, fungsi kaki kiri dan kaki kanan yang mana bagi kereta manual, kaki kiri berperanaan untuk menekan pedal klac untuk mengerakkan gear tetapi sebaliknya kaki kiri tidak berfungsi apa-apa apabila anda menggunakan gear transmisi auto. Kereta auto memiliki banyak jenis bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri, walau begitu prinsipnya tetap sama iaitu menggunakan transmisi gear auto. Pengenalan fungsi-fungsi dalam gear kereta auto Sebelum kita belajar bagaimana mengendalikan gear auto pada kenderaan anda, terlebih dahulu pentingnya mempelajari fungsi-fungsi gear auto kereta anda untuk pemahaman yang lebih jelas. Fungsi-fungsi gear auto D (Drive).  Berfungsi untuk bergerak/ memulakan perjalanan P (Parking). Digunakan semasa anda meletakkan kereta. R (Reverse). Untuk mengundurkan kereta N (Neutral). Tiada gear/gear dalam keadaan free ...

Petua Merebus Telur Masak Sepenuhnya Atau Separuh Masak

Image
Mungkin tips ini berguna kepada anda yang tidak tahu untuk merebus telur agar masak sepenuhnya atau mengikut keinginan anda misalnya inginkan telur yang direbus hanya menjadi separuh masak. Memasak telur dengan merebus tanpa pengawasan yang teliti akan menyebabkan telur anda menjadi terlalu masak dan hinggakan telur yang direbus boleh menjadi pecah. Adakalanya anda inginkan telur yang direbus hanyak separuh masak tetapi ianya telah masak sepenuhnya. Petua merebus telur masak sepenuhnya Untuk menjadikan telur yang anda rebus akan menjadi masak sepenuhnya, caranya amat mudah sekali. Apa yang perlu anda lakukan,  telur yang anda rebus haruslah dimasak dengan kuali yang mana paras air harus melepasi telur yang berada di dalam kuali tersebut. Jumlah biji telur mengikut keperluan anda. Seterusnya, apabila bahan-bahan tersebut telah anda sediakan, rebus telur di gas memasak anda dengan saiz api yang sederhana. Letakkan beberapa butir beras di dalam kuali bersama-sama dengan r...

Panduan Berkunjung Ke Menara Kuala Lumpur

Image
Menara Kuala Lumpur atau gelaran yang lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai menara KL@ KL Tower  berketinggian  421 meter. Pembinaan menara ini bermula pada 1 June 1984 dan siap sepenuhnya pada 1 march 1995 serta  mula dibuka kepada orang ramai pada 23 julai 1996. Pada 1 oktober 1996 menara ini secara sah telah dirasmikan oleh bekas perdana menteri Malaysia pada masa itu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Lokasi menara ini berada di Jalan P Ramlee,  Kuala Lumpur. Sebenarnya panduan ini bukanlah rasmi tetapi hanya sebagai pengalaman penulis sendiri semasa berkunjung ke menara ini dan mungkin artikel ini serba sedikit boleh membantu anda sekiranya anda ingin berkunjung menara ini. Panduan Berkunjung Ke Menara KL Bagi anda yang mungkin daripada negeri-negeri dari Semenanjung atau dari negeri Sabah dan Sarawak dan datang ke KL dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kereta sewa, mungkin agak sukar sedikit untuk ke menara ini kerana jalan-jalan di kota ray...

Misteri Batu Geliga Ular

Image
Geliga ular adalah satu misteri yang masih belum dirungkai sepenuhnya oleh dunia sains dan belum terdapat mana-mana kajian yang direkodkan mengenai misteri ini. Di Malaysia sahaja terdapat ramai golongan yang tertentu yang mencari geliga ular sehingga mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memperolehi geliga ini kerana dikatakan mampu memberikan kuasa yang ajaib bagi si pemakai. Walau begitu, geliga ular yang asli  amat sukar untuk diperolehi kerana hanya golongan yang tertentu sahaja mampu menentukan dan mencari  geliga ular yang asli. Kegunaan batu geliga ular di Malaysia Di Malaysia, kebanyakan rakyat di negara ini masih meminati unsur-unsur yang mistik dan mereka mempercayai geliga ular ini mampu memberikan kuasa sakti bagi sesiapa yang memiliki geliga ini. Antara kuasa mistik adalah seperti memperolehi kekebalan dan tidak akan lut oleh mana-mana senjata selain dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang merbahaya, golongan ini juga percaya, ...

Penjagaan Anak Kucing

Image
Penjagaan anak kucing tidak sama seperti anda menjaga kucing dewasa, ini kerana  anak kucing itu seperti bayi manusia memerlukan penjagaan yang khusus dan anda mesti tahu cara merawat anak kucing untuk memastikan anak kucing anda membesar secara normal tanpa mengalami banyak masalah. Selain mengamalkan penjagaan kesihatan, latihan juga perlu diamalkan untuk membolehkan anak kucing anda mematuhi arahan yang anda terapkan misalnya  mengajar anak kucing anda untuk berak di tandas atau tempat yang dikhaskan. Menjaga anak kucing tidak sama seperti kucing dewasa Seperti yang anda ketahui, anak kucing membesar harus memerlukan penjagaan teliti berbanding dengan kucing dewasa. Cuba anda fikirkan, bagaimana seseorang ibu menjaga bayinya yang masih kecil? Ia perlu dijaga sebaik mungkin, bukan? Seperti itu lah anda menjaga anak kucing anda sekiranya anak kucing tersebut anda perolehi tanpa ibu kepada kucing tersebut. Credit: Youtube Pada usia anak kucing dalam anggaran la...

Kebaikan Guna GPS Map Pada Kereta Anda

Image
GPS adalah satu sistem pengawasan lokasi dengan menggunakan  sistem kedudukan global (GPS) atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Global Positioning System. Ia mampu berupaya untuk mengesan entiti  atau objek dalam jarak yang amat jauh. Kecanggihan system GPS mampu  menentukan dengan tepat sekiranya digunakan dengan cara yang betul mengenai  longitud, latitude, arah perjalanan sasaran dan juga kelajuan muka bumi. Saya akan memberikan kelebihan-kelebihan yang amat bermanfaat sekiranya anda memandu menggunakan GPS di kereta anda. Panduan membeli GPS Map Trekking untuk kereta Sebelum saya menceritakan manfaat penggunaan GPS ini, saya ingin mengajar anda bagaimana untuk membeli GPS trekking untuk kereta anda. Sebenarnya pada masa kini kebanyakan kereta-kereta baru dilengkapi oleh GPS trekiking untuk kemudahan kepada semua pemandu tetapi bagi kereta yang tidak memiliki alatan ini anda boleh membeli di pusat asesori kereta atau melalui ejen-ejen GPS ...

Tempat Lepak Menarik Di Kota Kinabalu Waktu Malam

Image
Dimana tempat lepak menarik waktu malam di Kota Kinabalu? Saya ingin memberi anda panduan terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali datang di bandaraya ini dan ingin mencari tempat yang best untuk bersantai. Mungkin tempat yang saya akan nyatakan ini sesuai bagi anda yang baru pertama sampai di bandaraya ini dan ingin membawa kawan-kawan, kekasih  atau keluarga untuk bersantai-santai selepas anda membawa mereka dari membeli belah ataupun anda baru sahaja makan malam bersama mereka di restoran di sekitar-sekitar K.K. Tempat lepak pilihan orang ramai di Kota Kinabalu Bagi kebanyakan masyarakat yang tinggal di Kota Kinabalu, tempat lepak pada waktu petang dan waktu malam yang terbaik dan amat popular sekali adalah bertempat di pantai Tanjung Aru. Pada waktu petang, pantai ini tempat  untuk bersantai  sambil melihat matahari terbenam dan sambil menikmati  minuman air kelapa yang segar bersama dengan kepak ayam panggang resepi Sabah. Pantai ini juga te...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan