Posts

Showing posts from April, 2017

Step By Step Cara Tukar Bateri Kereta

Image
Bagi anda apabila ingin menggantikan bateri kereta yang baru adakah anda ingin melakukkannya sendiri? Cara tukar bateri kereta kebanyakannya telah diketahui oleh banyak orang dan harus wajib diketahui. Part yang paling leceh sekali untuk menukar bateri kereta adalah kesukaran untuk mengangkat dari tempat asalnya untuk mengantikan dengan bateri yang baru. Perkara yaang paling penting, sebelum melakukkan apa-apa tindakan penukaran bateri kereta, pastikan hal ini harus diberi perhatian, enjin kereta harus dimatikan, brek tangan ditarik, dan jika kereta anda menggunakan bateri basah, berhati-hati agar asid bateri tidak tumpah mengenai pakaian dan kulit anda. Step By Step Cara Tukar Bateri Kereta Step 1 Prosuder yang pertama, buka bonet hadapan kereta anda, dan pastikan semua alat-alat seperti spana telah tersedia untuk membuka clamp dan juga pengapit bateri (bateri holder). Photo by, OpenClipart-Vectors Licenced Via Creative Commons Step 2 Tanggalkan pengapit...

Tips Kenal Pasti Jenama Bateri Kereta Terbaik

Image
Anda menggunakan bateri kereta jenama apa? Adakah anda sering mengalami bateri kereta jangka hayatnya kurang enam bulan dan ianya tidak boleh diguna pakai lagi? Sebenarnya, jika anda hanya bergantung kepada sesuatu jenama kereta itu tidak menjamin sepenuhnya jangka hayat bateri kereta. Walaupun begitu mengenal pasti jenama bateri kereta yang terbaik itu adalah harus. Tetapi, tahukah anda, di luar sana terdapat banyak sekali jenama bateri kereta. Ia membuatkan anda merasa pening, mana satu jenama bateri yang harus dibeli? Tips-tips ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda. Kualiti bateri itu penting berbanding jenama. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Jenama bateri kereta adalah terkenal di pasaran tetapi kualiti keluaran bateri yang kurang memuaskan mungkin anda harus ambil perhatian. Kadang-kadang sesetengah pengeluar bateri hanya mementingkan jualan pasaran bateri mereka tetapi tidak  menjaga kualiti pada bateri itu sepenuhnya. Photo by, C...

Cara Terpantas Nak Downolad Video Dari Youtube

Image
Tips ini akan mengajar anda cara nak donload video dari Youtube dengan cara yang paling cepat sekali. Tips ini mungkin amat berguna bagi mereka yang suka menonton video movie, download video lagu, dan bermacam lagi video yang ada di Youtube. Anda boleh lakukan download dengan mudah ataupun download untuk simpan video tersebut sebagai simpanan anda mungkin menerusi laptop, pendrive, android,  telefon pintar, ataupun dengan komputer.  Tutorial download video dari Youtube menerusi laptop atau komputer Step 1 Baik, untuk melakukkan dowload video dari laptop ataupun komputer anda, pertama sekali yang perlu anda lakukkan adalah, pergi ke web utama Youtube, dan pilih la video yang ingin cari melalui kotak carian. Contohnya anda ingin melakukkan dowload sebuah lagu popular dari Indonesia, dengan tajuk ‘’Aku masih mencintainya” dari kumpulan Papinka. Anda hanya taip tajuk lagu tersebut dan melakukkan pilihan. Lihat contoh photo dibawah Step 2 Langka...

Kelebihan-Kelebihan Beli Kereta Auto Perlu Diketahui

Image
Anda  berhasrat ingin membeli sebuah kereta baru? Kereta yang jenis macamana anda inginkan?Jika mungkin anda berhasrat untuk membeli sebuah kereta auto atau kereta transmisi automatik, terdapat beberapa kelebihan-kelebihannya jika membeli kereta jenis ini. Apakah kelebihan-kelebihannya itu? Baik, sebelum kita membincangkannya dengan lebih lanjut, perlunya anda memahami apa itu kereta jenis auto. Kereta auto maksudnya disini adalah kereta sistem gearnya berfungsi secara automatik dan ianya amat mudah dikendalikan. Kenderaan jenis ini amat digemari sekali oleh kebanyakan golongan wanita dan ini dibuktikan jika anda melihat kenderaan yang sering digunakkan oleh kebanyakan wanita di jalan-jalan raya, mereka menggunakan kereta transmisi automatik. Berikut adalah kelebihan-kelebihannya sekiranya anda menggunakan kereta auto. 1.  Sistem gear mudah dikendalikan Sistem gear automatik pada kenderaan adalah sistem gear bagi kereta moden pada abad ke 21 dan ianya direka...

Buah Tarap Di Semananjung Malaysia

Image
Buah tarap di Semananjung Malaysia? Ada ke pokok ini disini, apatah lagi buahnya? Baik, mari kita bincang mengenai buah tarap yang amat popular sekali di negeri Sabah ini. Bagi masyarakat Sabahan, buah ini tidak lagi asing dan ia salah satu buah yang menjadi kegemaran masyarakat di negeri ini sebagai santapan setiap kali tiba musim buah-buahan pada bulan Julai hingga september setiap tahun. Buah tarap amat sedap dimakan semasa buah ini telah matang, (rasanya seperti susu tanpa gula) dan semasa buah ini telah separuh masak (rasanya manis dan berlemak) tetapi apabila buah ini telah masak terlalu ranum, ianya kurang enak dimakan. Semasa buah tarap ini masih muda, buah ini juga amat sedap dimasak dengan masakan resipi masak lemak dicampur dengan ikan masin ataupun daging.   Photo Credit: Gwen Gwen Annie Biji tarap juga amat sedap dimakan apabila anda membakarnya pada kuali dan ianya amat ranggup dimakan setelah anda membuang kulit pada bijinya terlebih dahul...

Kemahiran Ini Penting Untuk Dapat Kerja Kosong Kerani

Image
Adakah anda berminat dengan kerja-kerja pengkeranian? Kebanyakan kerjaya kerani selalunya dimonopoli oleh kaum wanita, meskipun begitu terdapat juga kaum lelaki yang memilih kerjaya sebagai kerani. Tidak kira lah, kerani di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta tetapi kerjaya ini sebenarnya memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk membolehkan anda mudah diterima bekerja sebagai kerani. Jika anda lihat di luar sana, apabila terdapat tawaran kerja kosong sebagai kerani, terdapat ramai yang cuba untuk mencuba nasib untuk memohon kekosongan jawatan ini tetapi tahukah anda, mereka yang benar-benar memenuhi kemahiran pengkeranian sahaja yang berjaya memperolehi jawatan ini. Apakah kemahiran-kemahiran tersebut? Kemahiran yang perlu ada sebagai kerani 1. Kemahiran mengandalikan microsoft Office Jika anda benar-benar inginkan jawatan sebagai kerani, anda perlu tahu apa itu microsoft Office dan anda perlu mahir mengandalikan sofware ini, kerana di dalam kerja-kerja pengke...

Tips-Tips Penting Belajar Sambil Bekerja

Image
Belajar sambil bekerja, ini lah yang selalu menjadi impian bagi kebanyakan orang terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebelum ini mungkin disebabkan terdapat masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Impian untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi adalah satu impian yang amat bagus. Ia menandakan anda mempunyai satu tekad untuk memajukan diri sendiri dan ia adalah satu usaha untuk kehidupan yang lebih baik sebenarnya. Jika pada masa ini anda sedang bekerja dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan mungkin untuk mendapatkan diploma ataupun segulung ijazah, penulis mempunyai beberapa tips penting untuk anda jadikan sebagai panduan. Tips-tips penting belajar sambil bekerja Tips-tips ini berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman rakan-rakan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Di Malaysia sebenarnya menurut pandangan penuli...

Maksud Mimpi Dikejar Ular

Image
Anda mengalami mimpi dikejar ular? Apakah makna mimpi itu? Apabila anda bermimpi, sebenarnya, maksud mimpi anda  bergantung apa situasi atau keadaan, kawasan, perasaan dan tempat di dalam mimpi anda. Anda bermimpi dengan ular bagaimana? Sesetengah dari anda mungkin bermimpi digigit  dengan ular, melihat ular, bunuh ular, ular masuk rumah, mimpi banyak ular, ular masuk rumah, memegang ular dan bermacam ragam lagi situasi di dalam mimpi yang dialami. Mimpi dengan ular mempunyai pelbagai maksud tertentu yang merujuk kepada kehidupan anda pada masa ini dan mungkin juga pada masa yang akan datang. Sesetengah pakar mimpi mengatakan, mimpi dengan ular merujuk kepada lambang seksualiti lelaki kerana bentuk kepala ular tersebut, walau begitu ianya bergantung kepada situasi di dalam mimpi anda. Sesetengah pengkaji lain pula mengatakan ianya lambang transformasi terhadap apa yang anda lakukkan. Ini lebih merujuk kepada haiwan ini boleh bertukar kulit dan...

Harga Semasa Tong Gas Kosong

Image
Berapa harga tong gas kosong? Aduhh.. payah sungguh nak cari tong gas kosong masa ini, selalunya pertanyaan ini selalu berlaku kepada mereka yang baru berpindah rumah atau baru pertama sekali menyewa di kawasan perumahan ataupun apartment. Mencari tong gas adalah satu keperluan kepada sesiapa pun terutama mereka yang berkeluarga dan tong gas ini juga wajib ada bagi setiap isi rumah, tanpa tong gas, maka tak berasap lah dapur anda. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut? Sebagai pengetahuan anda, tong gas untuk memasak mempunyai beberapa jenis yang penulis sendiri kenal pasti ia itu, tong gas bagi keluaran syarikat Shell, Petron, BHP, dan Petronas. Melalui pemerhatian penulis, tidak semua tong gas bagi keluaran syarikat-syarikat ini ada di jual, hanya terdapat tempat-tempat tertentu sahaja, tetapi bagi tong gas Petronas dan Shell, di kebanyakkan semua tempat ada dijual. Harga pasaran tong gas kosong pada masa ini yang selalu dijual di keda...

Tips Cari Loan Kedai Motor Paling murah

Image
Teringat beberapa tahun yang lepas, teringin untuk memiliki sebuah motorsikal, tetapi masa itu gaji serta wang simpanan agak kurang dan menyebabkan terpaksa mencari altenatif lain untuk supaya mampu membeli motorsikal sebagai satu keperluan. Tahukah anda apa yang penulis fikirkan masa itu? Penulis fikirkan bagaimana untuk mencari loan motor paling murah. Yer la, kerana kekurangan wang modal untuk membeli motorsikal dengan bayaran cash. Ini lah jawaban yang paling tepat sekali. Strategi ini mungkin bagi anda ianya agak leceh sedikit tetapi ianya berbaloi sekali untuk mendapatkan loan kedai motor yang paling murah. Baik, strateginya begini, sebelum itu, penulis ingin bertanya kepada anda sendiri, adakah anda bekerja? Dan berapa wang simpanan yang anda miliki sekarang serta berapakah gaji yang anda patut terima setiap bulan? Cuba anda jawab pertanyaan penulis itu dengan membuat catitan diatas sehelai kertas. Jika sudah, baca semula artikel ini. Pertama sekali, p...

Cara Cek Permit Pekerja Asing di Malaysia

Image
Artikel ini memberi panduan mudah bagaimana cara untuk cek permit pekerja asing untuk rujukan bagi mereka yang berkepentingan untuk melakukkan semakan permit pekerja asing terutama majikan dan mungkin bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk melakukkan semakan. Permit pekerja asing diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warganegara yang berasal dari negara luar sebagai salah satu syarat khas untuk bekerja dalam apa pun bidang pekerjaan di negara ini. Tanpa permit pekerja, seseorang itu dikirakan melanggar syarat untuk bekerja di negara ini dan ianya menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya syarat ini tidak dipatuhi. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi setiap negara di dunia mempunyai undang-undang sendiri bagi sesiapa pun ingin bekerja di negara mereka dan syarat asasnya adalah harus mempunyai permit kerja. Contoh Pelekat Permit Kerja Yang Dilekatkan Pada Passport Jika seseorang itu ingin bekerja di Malaysia...

Pentingnya Antivirus Untuk Komputer Anda!

Image
Pernakah anda mengalami masalah pada komputer ataupun laptop anda? Pada kebiasaannya, komputer yang bermasalah disebabkan oleh  tindakan aktiviti virus. Jika ianya tidak dikawal dan dibiarkan begitu sahaja, komputer ataupun laptop anda akan mengalami kerosakan. Oleh itu betapa pentingnya anda untuk memasang perisaian antivirus di komputer mahupun di laptop anda untuk memastikan komputer anda tidak mengalami gangguan disebabkan oleh virus yang jahat. Tidak dinafikan, terlalu ramai sangat daripada anda yang sering mengabaikan hal penting ini hinggakan terdapat laptop dan juga komputer mengalami masalah sedangkan ianya mungkin baru dibeli beberapa bulan yang lalu. Malang sungguh bukan? Kenapa adanya virus yang datang menyerang di komputer kita? Dan apa itu virus dan kaitannya dengan antivirus? Baik, untuk pengetahuan anda, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, virus komputer adalah umpama sama dengan aktiviti penyakit virus yang menyerang manusia. I...

Tips Beli Handphone Murah Tapi Canggih

Image
Handphone murah tapi canggih? Ada ke? Ramai diantara anda yang menginginkan telefon pintar yang murah tetapi mempunyai kelebihan-kelebihan yang dikirakan canggih. Pada pemerhatiaan penulis, keluaran handphone pada masa kini seperti jenama Samsung, Apple, Sony, LG, Blackberry, dan pelbagai lagi jenama yang lain, kecanggihan telefon pintar itu tidak jauh berbeza melainkan, mengenai kelajuan telefon itu sewaktu melayari internet, ketahanan pada bateri, ruang memori telefon,  kualiti kamera, dan sistem sekuriti. Topik utama yang penulis ketengahkan disini adalah mengenai tips pembelian telefon pintar (smartphone) dengan harga yang rendah tetapi memiliki kualiti yang memuaskan. Jika anda lihat semula sistem cara pamasaran yang dilakukkan oleh syarikat jenama telefon pintar yang terkenal misalnya Samsung, cara pemasaran yang dilakukkan oleh mereka adalah, apabila terdapat model telefon pintar terbaru keluaran mereka, syarikat ini telah menetapkan harga telefon p...

Tips Kenalpasti Kedai Handphone Murah

Image
Anda tercari-cari kedai handphone murah? Lokasi kedai yang menjual telefon pintar di kawasan anda sememangnya amat mudah dikenalpasti sekiranya anda tahu akan tips yang mudah ini. Secara puratanya, kebanyakan pelanggan mencari  handphone murah tapi canggih, ini lah realitinya. Walau begitu, kebanyakan smartphone terkini pada masa ini mempunyai harga yang mahal sekali lebih-lebih lagi handphone tersebut keluaran terbaru di pasaran. Apa yang penulis cuba ketengahkan disini adalah, membantu anda mengetahui serba sedikit tips bagaimana mengetahui lokasi kedai handphone yang dijual murah di kawasan anda. Berikut adalah tips yang berguna untuk panduan anda. Kenal pasti harga pasaran Jika anda ingin mengenalpasti sebuah kedai handphone yang menawarkan telefon bimbit dengan harga yang murah, ianya tiada tips yang begitu tepat untuk menunjukkan lokasi kedai tersebut tetapi, bertanya kepada anda terlebih dahulu, handphone apa yang anda ingin beli? Apabi...

Idea Berniaga Kecil-Kecilan Di Rumah

Image
Ekonomi Malaysia pada saat ini agak teruk sekali ditambahi dengan harga barangan yang naik mendadak. Admin amat memahami perasaan anda, semua rakyat Malaysia merasa tertekan dengan situasi ini terutamanya gologan pertengahan. Kerana situasi ekonami ini, timbulnya perasaan bagi kebanyakan orang untuk melakukkan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Antara idea yang timbul adalah keinginan berniaga kecil-kecilan di rumah. Idea ini amat bagus sekali tetapi beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memulakannya. Disini, artikel ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda sebelum memulakan dengan serius perniagaan kecil-kecilan anda. Untuk memulakan perniagaan ini anda harus memikirkan hal-hal seperti ini. Apa yang anda niagakan? Cuba fikirkan, apakah yang anda ingin niagakan? Selalunya mereka yang ingin berniaga kecil-kecilan dirumah, mereka  berhasrat ingin membuka sebuah kedai runcit kecil ataupun mungkin sebuah  gerai kecil bagi mem...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan