Posts

Showing posts from August, 2018

Kesalahan Tidak Memiliki Lesen Memandu

Image
Negara kita mempunyai undang-undang yang tersendiri berkait dengan peraturan memandu di jalan raya. Perturan-peraturan jalan raya telah termaktub di dalam  Akta pengangkutan Jalan 1987. Setiap rakyat yang tinggal di Malaysia diwajibkan mengikuti peraturan-peraturan undang-undang trafik yang telah ditetapkan. Peraturan jalan raya ini juga tidak terkecuali kepada warganegara dari negara lain. Mereka juga wajib mengikuti peraturan jalan raya di negara kita. Bagi sesiapa yang gagal mengikuti peraturan jalan raya, ianya menjadi satu kesalahan sama ada dikenakan kompaun, hukuman denda atau hukuman penjara bagi kesalahan yang serius. Hukuman bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Dengan merujuk kepada undang-undang yang sedia ada, bagi kesalahan  tidak memiliki lesen memandu, pesalah berada di bawah Seksyen 26 (1) Akta  Pengangkutan Jalan 1987. Seksyen ini telah menjelaskan secara terperinci, tiada sesiapa yang boleh memandu di jalan raya kecuali mempunyai ...

Pengalaman Timing Belt Putus 50,000 KM

Image
Timing belt adalah satu kompenen di dalam kenderaan yang begitu penting sekali. Sekiranya timing belt putus, ia akan mengakibatkan kereta anda tidak lagi dapat dihidupkan. Apa yang paling risau, timing belt putus semasa anda memandu di dalam keadaan kelajuaan yang tinggi. Penulis berkongsi dengan anda mengenai pengalaman timing belt putus semasa memandu kereta PeroduaViva 850. Pengalaman ini begitu berharga sekali dan ianya patut dikongsikan kepada semua orang sebagai kesedaran betapa pentingnya menjaga timing belt  pada kereta anda. Timing belt putus selepas penukarang timing belt yang pertama. Sebenarnya, timing belt telah putus selepas menukar timing belt  yang pertama . Maksudnya disini, selepas timing belt asal telah mencapai kilo meter (KM) 80,000. Penulis menukar timing belt ini disebabkan saranan seorang mekanik kerana ia mengatakan timing belt telah menunjukkan tanda-tanda keretakan dan patut ditukar dengan timing belt yang baru. Selepas menukar timing b...

Cara Bersihkan Rumah Dari Habuk

Image
Apabila anda tinggal di sebuah rumah, antara cabaran yang paling besar sekali yang anda perlu tempuhi adalah masalah habuk yang memasuki rumah anda. Jika habuk ini dibiarkan, bukan saja akan memberikan masalah kesihatan kepada seisi keluarga anda tetapi rumah anda akan kelihatan kotor. Habuk yang memasuki rumah harus dibersihkan dengan segera agar rumah anda kelihatan bersih dan ianya perlu dijadikan sebagai amalan rutin untuk membersihkannya. Habuk disebabkan dari pelbagai penyebab  yang berbeza,  misalnya habuk berpunca dari  tanah di luar rumah disebabkan tiupan angin,  habuk dari jalan raya atau habuk kayu dari dalam rumah kita sendiri disebabkan oleh anai-anai. Sentiasa tutup tingkap serta tutup ruang terbuka di rumah anda. Di dalam usaha mengurangkan habuk dari memasuki rumah anda, langkah yang perlu anda amalkan adalah sentiasa menutup tingkap-tingkap rumah, menutup ruang-ruang yang terbuka agar habuk tidak memasuki  ke dalam rumah anda. Cred...

Cara Mudah Renew Roadtax Motor

Image
Bagi mereka yang mempunyai motorsikal, setiap tahun akan melakukan renew  terhadap roadtax motor mereka. Jika mereka yang telah biasa melakukan hal ini, tentunya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melakukan renew roadtax tersebut. Jika anda masih baru menggunakan motorsikal, sudah tentunya anda akan tertanya-tanya bagaimana prosedur untuk memperbahrui cukai jalan @roadtax motorsikala anda.  Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan sangat kerana ia tidaklah sesukar seperti yang disangkakan. Baik, berikut adalah panduan yang perlu anda lakukan. Perbahrui insuran motorsikal anda dahulu. Apabila roadtax motorsikal anda akan tamat tempoh, polisi insuran motor anda juga akan tamat. Ini bermakna, anda harus memperbahrui @ melakukan renew insuran anda dahulu baru lah anda ke JPJ untuk urusan roadtax. Jika anda tidak tahu mengenai insuran anda sebelum ini, anda boleh merujuk melalui kedai motorsikal dimana tempat anda beli motor tersebut. Anda juga boleh memb...

Cara Ganti Road Tax Hilang Atau Rosak

Image
Kadang-kadang pening juga yer, jika road tax kita tiba-tiba hilang dari simpanan kita, yelah apa yang kita risau kita akan disaman oleh penguatkuasa trafik seperti JPJ dan juga Polis semasa memandu kereta tanpa road tax ataupun  menunggang motorsikal. Selain itu juga, bukan sahaja road tax tercicir atau hilang tetapi road tax kita telah rosak mungkin disebabkan terkena sinaran matahari dalam jangka masa yang lama menyebabkan road tax kereta telah pudar dan rosak sedangkan belum sampai setahun lagi usia roadtax tersebut. Bagi roadtax motorsikal pula, ia mungkin rosak disebabkan terkena air hujan kerana kita terlupa untuk melakukan laminate pada road tax tersebut. Datang terus ke mana-mana kaunter JPJ. Untuk mendapatkan cetakan semula gantian road tax kenderaan anda, sebenarnya prosudernya amat mudah sekali, iaitu anda hanya terus datang ke mana-mana kaunter  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran dengan anda. Apabila anda telah sampai di JPJ, and...

Cara Trade In Kereta Anda dengan Mudah

Image
Cara untuk trade in kereta memerlukan sedikit pengetahuan agar anda memahami bagaimana system trade in  itu dilakukan oleh pihak kedai kereta mengenai kereta anda yang ingin di trade in. Jika anda tidak faham mengenai cara ini berkemungkinan anda akan ditipu oleh ejen kenderaan tersebut. Panduannya mudah, untuk memahaminya, kereta lama anda akan dijual kepada syarikat kereta dengan harga yang telah ditetapkan oleh mereka dan anda pula  akan akan membeli kereta baru melalui syarikat kereta tersebut. Pastikan syarikat kedai kereta menerima kereta anda. Baik, sebelum anda berkira-kira untuk menjual kereta anda, pastikan anda telah datang ke kedai kereta yang anda ingin beli kereta baru daripada mereka dan jangan malu bertanya berkenaan dengan kereta anda seperti bertanya mengenai harga pasaran kereta tersebut dan harga yang mampu dibeli oleh pihak kedai. Sebagai makluman awal anda, apabila anda menjual kereta anda dengan cara trade in seperti ini, anda harus sedia ...

Talian Hotline TM Telephony, Streamyx, UniFi dan TMgo.

Image
Life made easier, ia merupakan janji yang telah diperkenalkan oleh TM sendiri buat pelanggan mereka dalam mempertingkatkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, iaitu salah satunya  melalui pusat khidmat pelanggan itu sendiri. Di dalam usaha untuk memperbaiki keseluruhan pusat khidmat pelanggan, TM telah merasionalisasikan semua operasi pusat hubungan perniagaan kediaman dan Perusaan Kecil Sederhana (IKS) dan telah menjadi  satu hab tunggal. Talian hotline pelanggan TM (Telekom Malaysia) kini lebih mudah. Telekom Malaysia ™ telah mengabungkan semua pusat khidmat pelanggan perniagaan  dan khidmat pelanggan IKS  untuk menjadi satu nombor tunggal  untuk dihubungi bagi penyampaian yang lebih mudah dan sistematik. Baca Juga: Cara Bayar Bil Celcom Secara Online Ini bermakna, semua pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia termasuklah pelanggan pusat hubungan perniagaan kediaman dan Perusaan Kecil Sederhana (IKS) kini hanya perlu menghubungi atau mendail n...

Cara Beli Motor Tanpa Wang Deposit

Image
Bagi sesetengah dari anda, mungkin ingin mengetahui bagaimana untuk membeli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit. Selalunya mereka yang mahukan cara pembelian ini tentunya mereka yang kekurangan wang modal untuk bayaran pendahuluan. Baik, cara pembelian ini masih terdapat ramai orang yang memilihnya kerana anda tidak perlu apa-apa modal pun untuk mengeluarkan motor tersebut tetapi  dengan cara ini anda diharuskan melaksanakan ansuran bayaran motorsikal setiap bulan yang agak tinggi. Tips-tips beli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit. Cara ini sebenarnya agak leceh sedikit berbanding dengan cara pembelian melalui hutang kedai kerana ianya memerlukan anda untuk menyediakan beberapa dokumen untuk menguatkan permohonan anda untuk melakukan pembelian motor tanpa deposit. Dokumen-dokumen yang yang diperlukan termasuklah slip gajitiga bulan terkini, dan lesen motor. Selalunya pihak yang sanggup menawarkan pembelian motor tanpa apa-apa deposit adalah pihak bank dan ...

Cara Beli Motor Hutang Kedai

Image
Adakah anda berkira-kira untuk membeli sebuah motosikal yang baru? Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk melakukan pembelian motor seperti membeli motor dengan cara hutang di kedai. Cara ini sebenarnya agak mudah dan sering dipilih oleh kebanyakan pembeli motosikal disebabkan prosedurnya agak mudah berbanding loan bank ataupun melalui Aeon Credit. Walau begitu persoalannya disini, bagaimana cara melakukan pembelian dengan cara ini? Panduan mudah bagaimana beli motor melalui hutang kedai motorsikal. Sebenarnya, mana-mana kedai motorsikal mempunyai kiraan kalkulator tersendiri bagaimana melakukan pembelian motorsikal daripada mereka, ini termasukalah melalui hutang kedai. Tidak semua kedai menetapkan pengiraan sama mengenai bayaran pendahuluan dan juga bayaran bulanan sekiranya anda membeli motor di kedai mereka. Beli motor dengan cara hutang kedai bermakna, anda harus melakukan bayaran pendahuluan / bayaran muka mengenai motor yang anda ingin beli dan setiap bulan anda ...

Kenapa Perlu Pilih NetKL Untuk Domain Name Anda?

Image
Anda tentunya tercari-cari dimanakah syarikat yang patut anda beli untuk domain name bagi website anda. Walau begitu, di internet terdapat begitu banyak sekali syarikat penyedia untuk domain name dan juga hosting. Pembelian domain name menggambarkan web anda kelihatan professional sekali disebabkan domain name yang berbayar dan bukannya percuma. Ia sekaligus web anda mudah ditemukan berdasarkan pemilihan nama domain name atas pilihan anda sendiri selari dengan tema website anda. Pejabat NetKL berpangkalan di Malaysia. Semasa anda tercari-cari syarikat penyedia domain name untuk website anda, penulis memberikan anda cadangan untuk memilih syarikat NetKL untuk  domain name anda. Ini kerana syarikat penyedia domain name ini beribu pejabat di Malaysia sendiri, bermakna anda mudah berurusan dengan syarikat ini jika terdapatnya masalah berkaitan dengan pembelian domain name, tetapan, atau lain-lain masalah. NetKL merupakan sebuah syarikat penyedia hosting serta domain nam...

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin ATM Maybank

Image
Bagi anda yang baru pertama kali menggunkan kad Maybank atau mungkin sebelum ini tidak pernah menggunakan perkhidmatan bank ini tentunya anda ingin mengetahui cara untuk mengeluarkan duit dari ATM bank itu sendiri. Maybank merupakan bank yang terbesar di negara ini dan anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM Maybank kerana perkhidmatan mesin pengeluaran  mereka mudah diperolehi di kebanyakan tempat. Tips-tips keluarkan duit dari mesin ATM Maybank. Baik berikut adalah sedikit panduan untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM Maybank. Apa yang perlu anda ketahui, pastikan anda telah mempunyai akaun bank ini  dan memiliki kad ATM Maybank. Jika anda masih belum mempunyai akaun, datanglah ke mana-mana cawangan bank ini untuk urusan permohonan akaun yang baru. Panduan pengeluaran wang. Step 1 Masukkan kad Maybank anda di mesin ATM Maybank. Step 2 Masukkan 6 angka pin keselamatan ataupun  6 nombor  password yang anda telah...

Cara Bawa Durian Dalam Kapal Terbang

Image
Musim durian di Malaysia selalunya akan berlaku pada bulan julai hingga september setiap tahun. Pada musim-musim tersebut,  suasana akan kelihatan begitu meriah sekali dengan gelagat penjual-penjual durian yang menjual buah durian di mana -mana sahaja. Antara durian yang begitu popular sekali pada musim durian adalah durian kahwin dan juga durian yang digelar munsang king kerana rasanya yang begitu enak sekali dan isinya yang tebal. Pada musim ini juga, terdapat  individu yang telah habis bercuti di kampung dan akan balik semula ke tempat kerja  dan ingin membawa durian sebagai  buah tangan untuk kawan-kawan atau untuk rakan-rakan sekerja. Tetapi masalahnya, terpaksa menaiki flight? Boleh atau tidak bawa durian semasa menaiki kapal terbang? Idea dan cara bawa durian semasa menaiki flight di Malaysia. Sebaga pengetahuan anda, semua syarikat penerbangan di negara ini tidak akan membenarkan mana-mana penumpang untuk membawa buah durian  semasa men...

Berniaga Asesori Telefon Di Pasar Malam, Sejauh Mana Anda Perolehi Keuntungan?

Image
Berpeluang untuk berniaga sendiri adalah pilihan yang paling bijak kerana anda sendiri adalah seorang majikan dan anda juga seorang kuli, bermakna pahit manis dalam perniagaan hanya anda sendiri yang akan merasakannya. Berniaga di pasar malam walau dipandang serong oleh sesetengah pihak tetapi tahukah anda, mereka yang memandang sinis dengan perkerjaan ini sebenarnya tidak tahu berapa nilai sebenarnya keuntungan diperolehi oleh peniaga di malam pasar . Kita akan membincangkan beberapa fakta yang mungkin anda lalui jika anda merancang berniaga di pasar malam dengan menjual telefon asesori berdasarkan tip-tips yang akan diberikan disini. Berniaga di pasar malam adalah peluang terbaik anda. Tidak semua akan berpeluang untuk berniaga di pasar malam kerana tidak semua mempunyai minat yang sama. Sekiranya anda mempunyai minat untuk mencari peluang untuk berniaga di pasar malam, pilihan anda adalah yang paling tepat. Pasar malam adalah tempat yang paling sesuai untuk memul...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan