Cara Untuk Menghentikan Kaki Berbau Busuk
Bagaimana untuk mengehentikan kaki yang berbau busuk? Tentunya apabila anda menghadapi masalah ini ia sesuatu hal yang tidak menyeronokan hinggakan anda merasa rendah diri ketika berada di tempat awam. Dikatakan punca utama kaki berbau busuk disebabkan kaki anda berpeluh dan memakai kasut yang sama setiap hari. Walau begitu masih terdapat cara yang mudah, murah dan berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau. Kenapa kaki mengeluarkan peluh Menurut kajian oleh bahagian perubatan, kaki berpeluh disebabkan terdapatnya tekanan keatas kaki anda atau anda mungkin mengalami satu penyakit yang dikenali sebagai Hyperhidrosis dimana gejala ini dikenali sebagai peluh yang berlebihan. Selain itu jangkitan kulat pada kaki misalnya kulat air akan menyebabkan bau kaki yang kurang menyenangkan. Semua orang mengalami peluh pada kaki tetapi mereka yang cenderung mengeluarkan peluh adalah golongan remaja dan wanita yang mengandung kerana perubahan hormone dalam tubuh badan. ...