Cara Pilih Pisang Yang Manis Dan Elok Dimakan
Memilih pisang di pasaran memerlukan sedikit tips atau petua bagi menentukan adakah pisang itu masih elok untuk dimakan, manis atau masih terlalu muda. Memilih pisang bergantung kepada keperluan anda sama ada untuk dimakan selepas makan atau untuk membuat goreng pisang, kek atau resepi yang lain. Tanpa memiliki pengetahuan di dalam pemilihan pisang, anda mungkin terpilih pisang yang tidak lagi elok ataupun rosak dan hal ini sudah tentunya akan merugikan anda sebagai pembeli. Untuk mendapatkan buah pisang, sudah tentunya anda boleh dapatkan di pasaraya, pasar tani atau kedai buah-buahan. Cara memilih pisang yang manis dan masih elok Pisang yang dijual di pasaran kebanyakannya diperolehi oleh pemborong dari ladang pisang komersial atau melalui petani-petani kecil. Harga pisang berbeza-beza mengikut tempat atau kawasan. Sesetengah tempat, harga pisang terasa amat mahal sekali tetapi sesetenga kawasan lain pula,harga pisang adalah murah. Ianya bergantung kepada permintaan pasaran seb...