Posts

Showing posts from June, 2018

Cara Pantas Halau Semut Dalam Gula

Image
Adakalanya kadang-kadang kita merasa  geram apabila semasa kita ingin mengambil gula di dalam balang untuk membuat air kopi pada waktu pagi, terdapat semut di dalam balang tersebut. Hilang terus ‘mood’ nak minum bukan? Semut bersuka ria di dalam balang banyak pula tu, dan sesetengah dari kamu mungkin akan membuang terus gula itu ke dalam tong sampah dan buka plastik gula yang baru. Sabar dulu, jangan terus buang gula tersebut kerana terdapat beberapa tips dan petua  cara halau semut dalam gula yang paling pantas dan hanya dalam 1 minit sahaja, semut-semut akan bertempiaran lari dari gula tersebut. Petua-petua cara halau semut Baik berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan apabila semut-semut datang di dalam bekas simpanan gula  dan seterusnya menghalau semut tersebut. 1. Ketuk dengan sudu Ini adalah cara yang paling cepat sekali, anda hanya mengetuk dengan sudu dalam beberapa kali pada balang gula dengan sudu, dan anda akan dapati semut-sem...

Resepi Nasi Goreng Cina Seri-Aji

Image
Nasi goreng cina adalah resepi yang berasal daripada kaum cina, sebab itulah resepi ini mendapat namanya. Resepi ini sememangnya amat popular sekali di kalangan masyarakat kerana setiap kedai makan atau restoran ada menyediakan resepi ini. Nasi goreng ini mempunyai  permintaan dan peminatnya yang tersendiri kerana selalunya resepi ini tidak mengandungi cili dan amat sesuai bagi mereka yang tidak sesuai dengan masakan yang pedas. Resepi ini juga amat sesuai buat kanak-kanak yang masih kecil kerana selain rasanya yang tidak pedas, resepi ini juga amat sedap sekali jika dimasak dengan cara yang betul. Cara-cara memasak nasi goreng cina menggunakan perencah Seri Aji. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini. 1) Minyak masak anggaran 6 sudu besar 2) 200g ayam (dipotong kecil)  3) 100g sayur campur (dipotong kecil) 4) 2 Biji telur 5) 4-5 Cawan nasi putih (550g – 600g) 6) 1 Paket Perencah Seri-Aji Cara memasak resepi ...

Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi

Image
Nasi goreng kampung adalah resepi tradisional masakan nasi goreng bagi kebanyakan masyarakat terutamanya kaum Melayu di negara ini. Resipi ini amat popular sekali disebabkan rasanya lebih kepada cara masakan kekampungan dengar rasanya yang sedap. Jika anda pergi ke mana-mana kedai makan di negara ini, kebanyakannya ada menyediakan menu untuk masakan nasi goreng kampung, sebab itulah resepi ini amat dikenali sekali. Bahan-bahan dan cara-cara memasak nasi goreng kampung Adabi. Resepi nasi goreng kampung ini adalah menggunakan resepi dari serbuk nasi goreng kampung Adabi dengan rasa udang asli yang begitu menyelerakan. Untuk mendapatkan serbuk ini, anda boleh membelinya di mana-mana kedai runcit atau pasaraya dengan membeli secara paket. Bagi paket serbuk nasi goreng kampung yang biasa, ianya cukup untuk 2-3 hidangan. Bahan-bahan untuk resipi nasi goreng kampung. Sumber: Adabi. 1) Apa-apa daging atau sayuran di dalam berat anggaran 50 gram 2) Minyak masak ...

Jenis Jenis Bantal Tidur

Image
B antal tidur atau nama popularnya di dalam bahasa inggeris  ‘ pillow ’ telah digunapakai oleh manusia sejak zaman berzaman. Bantal direka  untuk  tidur yang lebih baik pada waktu malam ataupun semasa anda ingin tidur. Walau begitu anda tidak akan mudah tidur dengan selesa sekiranya bantal yang anda gunakan bukan diperbuat dari bantal yang terbaik. Pemilihan bantal yang terbaik salah satu faktor anda tidur dengan nyenyak. Tahukah anda, terdapat banyak jenis-jenis  bantal untuk dipilih di pasaran? Dengan pengetahuan ini, anda akan memahami jenis bantal dan seterusnya anda tahu mengenai  perbezaan bantal yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tertentu. Jenis-jenis bantal tidur yang terdapat di pasaran Bantal bulu campuran (Feather Pillows) Bantal ini merupakan bantal yang telah diisi dengan campuran bulu angsa atau itik berserta serat karbon.  Bantal jenis ini banyak dijual di pasaran dengan harga yang agak murah dan kebanyakan orang ramai ...

Syarat Memohon Kad Kredit Maybank

Image
Kad kredit Maybank merupakan kad kredit yang begitu popular sekali di negara ini disebabkan tawaran menarik yang ditawarkan oleh syarikat perbankan tersebut. Ianya menjadi pilihan bagi kebanyakkan masyarakat di Malaysia . Maybank menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang berbeza-beza. Pengguna yang disasarkan juga adalah terdiri daripada golongan yang berbeza bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan orang yang disasarkan . Antara kad kredit Maybank yang begitu popular sekali adalah kad kredit Petronas  kerana kaedah penebusan point dan ganjaran yang begitu menarik. Walau begitu, kad kredit Maybank  yang lain juga memiliki tawaran dan ganjaran yang menarik bergantung kepada jenis kad kredit tersebut. Jenis-jenis kad kredit dan syarat untuk memohon Maybank memiliki banyak  jenis kad kredit , setakat artikel ini ditulis, terdapat 22 jenis kad kredit dikenal pasti telah diperkenalkan oleh syarikat perbankan terkenal ini. Berikut adalah jenis-jenis kad kred...

Tips Menonton World Cup 2018 Secara Live Dan Percuma Melalui Telefon Pintar

Image
Tarikh 14/06/2018 bermulanya seluruh dunia memberi tumpuan ke negara Russia kerana negara tersebut adalah tuan rumah  Fifa World Cup 2018 . Beratus ribu orang membanjiri negara tersebut untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang penuh bersejarah. Tentunya bagi rakyat Malaysia, yang mungkin tidak berkesempatan melihat perlawanan secara langsung melalui TV, anda sebenarnya masih berkesempatan melihat perlawanan ini melalui telefon pintara anda sahaja. Perkongsian ini, ditujukan khas bagi pengguna telefon pintar Android dan iPhone sahaja. Menonton siaran world cup 2018 secara langsung melalui aplikasi AppStore dan Google Play Store. Tahukah anda, baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan akan memberikan siaran langsung perlawanan bola sepak World Cup secara percuma melalui RTM kepada seluruh rakyat di negara ini.  RTM akan memberikan siaran sebanyak 41 perlawanan daripada 64 perlawanan keseluruhan dengan kos sebanyak RM 30 juta. Walau pun begitu, RTM hanya me...

Kegunaan Baking Soda Yang Ramai Masih Tidak Tahu

Image
Natrium bikarbonat , merupakan istilah rasmi untuk baking soda, ia membantu mengawal pH. Jika baking soda bercampur dengan asid atau bahan alkali ia mempunyai kesan meneutralkannya. Baking soda amat sesuai  sekali untuk meneutralkan bau asid dan mengekalkan pH neutral yang sesuai untuk melakukan perkara seperti meningkatkan daya pencuci pakaian anda. Ia juga mempunyai keupayaan yang lembut untuk membantu menggosok atau membersihkan. Secara singkatnya, kegunaan untuk baking soda amat banyak, ia menyeimbangkan, meneutralkan, dan membersihkan semua tanpa mengandungi bahan kimia seperti kebanyakan produk komersial yang ada di pasaran. Berikut adalah kegunaan baking soda yang perlu anda tahu dan untuk manfaat semua pembaca secara amnya. K egunaan-kegunaan baking soda   1. Boleh digunakan sebagai ubat gigi Pasta yang diperbuat daripada baking soda dan larutan hidrogen peroksida 3 peratus boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasta gigi non-fluorida.  An...

Apa Maksud Cinta

Image
Cinta adalah mengenai sesuatu perasaan emosi yang kuat dialami oleh manusia, ianya mengenai tingkah laku, mengenai kepercayaan yang dikaitkan dengan sesuatu perasaan kasih sayang, perlindungan, kehangatan, pengorbanan, lemah lembut, sabar, dan juga rasa hormat kepada orang lain. Sebenarnya,  pengertian cinta ini bukan hanya ditujukan kepada manusia sahaja, tetapi ia juga boleh ditujukan kepada haiwan, mengenai prinsip, serta kepercayaan kepada agama. Misalnya, suka kepada kucing, suka mengenai kebebasan, ataupun mencintai Tuhan. Tetapi apa yang peliknya, hampir kebanyakan orang tidak mengetahui apa itu cinta. Mungkin, pertanyaan seperti ‘kenapa sukar untuk saya mencari cinta? Ini  sesuatu pertanyaan yang mungkin agak mudah difahami, sekiranya ‘cinta’ itu tidak sama dengan perasaan cinta seseorang. Apa maksud cinta? Pengertian cinta. Cinta adalah sebuat topik yang begitu besar sekali pengertiannya. Ianya menjadi perdebatan oleh ramai ahli-ahli falsafah, penulis, ...

Apa Maksud Saham

Image
Apa maksud saham? Menurut Investopedia , saham merupakan sejenis keselamatan atau bukti  bagi menandakan pemilikan di dalam sebuah syarikat dan sebagai wakil untuk menuntut pada bahagian aset dan juga pendapatan. Menurut The Economic Times pula menjelaskan, saham adalah  sesuatu istilah yang umum bagi menggambarkan sijil pemilikan saham bagi mana-mana syarikat. Jika anda memegang pada bahagian-bahagian syarikat tertentu akan menjadikan anda sebagai pemegang saham. Sesiapa pun boleh memiliki saham asalkan memiliki wang untuk pelaburan kerana kebanyakan pemilik syarikat  akan menjual kawalan syarikat kepada pemegang saham bagi  mendapatkan dana tambahan untuk mengembangkan syarikat mereka. Pemegang saham boleh menjual saham-saham yang telah dibeli selepas IPO di pasaran saham. Kebanyakan pelabur  akan membuat pelaburan apabila harga saham di dalam kedudukan harga yang rendah dan menjual semula apabila harganya telah meningkat. Photo by, Geralt , L...

Khasiat Kacang Tanah

Image
Kacang tanah atau nama nama saintifiknya Arachis hypogaea merupakan tumbuhan biji-bijian yang memiliki pelbagai  khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan kerana tumbuhan ini diperkaya dengan banyak nutrient. Kacang tanah merupakan tumbuhan yang berasal daripada Amerika Tengah dan seterusnya telah tersebar ke merata dunia menerusi penjelajah Sepanyol dan pada masa sekarang, negara-negara yang telah mengkormesialkan tanaman ini secara besar-besaran adalah seperti Afrika, China, Amerika Syarikat dan India. Antara ramuan kacang tanah yang paling popular yang dikenali oleh manusia sejak zaman-berzaman adalah  ‘kacang masin’ ianya sedap dan  ranggup. Selain itu, kacang tanah yang direbus juga diminati oleh ramai orang. Khasiat kacang tanah kepada kesihatan 1. Kacang tanah diyakini kaya dengan tenaga, ia itu setiap 100 gram memiliki 567 kalori serta mengandungi nutrien, antioksidan, mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan. 2. Kaya dengan sumber mineral, a...

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email