Posts

Keladi Cina- Idea Maksimumkan Keuntungan Dalam penanaman

Image
Keladi cina atau colocasia esculenta merupakan tanaman keladi yang begitu popular sekali terutama di Sabah dan digelar keladi cina Sabah disebabkan tanaman keladi ini memiliki harga yang begitu baik sekali disebabkan terdapat permintaan dari kalangan peraih dan kaum cina sendiri. Bagaimana memaksimumkan keuntungan di dalam penanaman keladi cina ini? Hasil penelitian kami, tanaman keladi cina ini jika diusahkan secara serius akan menguntungkan kepada penanam terutama golongan petani bagi tujuan komersial. Walau begitu, sebelum anda berniat untuk menanam keladi cina, perlunya anda memiliki pengetahuan mengenai tanaman ini dari segi cara penanaman benih, kesesuaian tanah, teknik pembajaan, teknik meracun, bila masa mengasingkan anak keladi dari pokok induk, cara untuk menuai dan masa untuk menuai. Tanam keladi melebihi 1 ekar tanah Jika anda benar-benar ingin menanam keladi cina bagi tujuan komersial, diperlukan keluasan tanah melebihi satu ekar ke atas bagi membolehkan anda mamp...

Resepi Telur Masak Sos Tiram- Resepi Simple

Image
Panduan resepi pada kali ini adalah mengenai resepi telur masak sos tiram yang paling simple. Resepi ini buat anak-anak yang kurang makan sayuran lain atau cara paling cepat untuk menyediakan makanan bagi anak-anak yang tengah kelaparan kerana ibu-ibu tidak berkesempatan untuk memasak. Walaupun resepi ini amat simple sekali tetapi jika dimasak dengan cara yang betul, resepi ini tetap membuatkan anak-anak menjilat jari apabila dimakan dengan nasi panas. Resepi memasak telur masak sos tiram memerlukan masa kurang dari 5 minit dan anda siap menghidangkan kepada anak-anak anda. Bahan-bahan memasak telur masak sos tiram Telur- 2-3 biji mengikut keperluan (Telur dipukul hingga sebati) Sos Tiram jenama Maggi Minyak makan (2-3 sudu besar makan) Cara-cara memasak telur masak sos tiram Panaskan minyak di kuali dengan api yang sederhana. Masukkan telur yang telah dipukul sebati tadi dan gaul hingga telur menjadi berketul-ketul. Masukkan sos tiram anggaran keperluan anda ( jangan letak ter...

Resepi Ayam Masak Kicap- Masak Kering

Image
Resepi aya masak kicap adalah resepi yang sangat popular sekali di kalangan masyarakat kita kerana resepi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat menyelerakan hinggakan jika dimasa dengan betul, anda boleh menambah nasi di pinggan anda. Tips utama untuk memasak ayam kicap ini agar sedap adalah dengan menggunakan minyak yang agak banyak sedikit dan lebihan minyak itu tadi kita boleh buang kemudian. Tips yang kedua adalah pastikan minyak telah pecah sebagai panduan ayam masak kicap telah benar-benar masak sebati. Bahan-bahan memasak ayam masak kicap – masak kering Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan bagi memasak ayam masak kicap mengikut panduan dari resepi ini. Ayam   anggaran 5 ketul (mengikut kesesuaian anda) Kicap manis Kicap cair Kicap pekat Cili besar- 2 biji (dihiris nipis) Bawang putih- 3-4 ulas (dihiris nipis) Bawang merah- 3-4 ulas (dihiris nipis) Bawang besar holland- 1 biji ( Dipotong menjadi 4 bahagian) Serai makan- 1 batang (dipotong dan dipecahkan me...

Resepi Nasi Goreng - Simple Dan Sedap!

Image
Bagaimana memasak nasi goreng simple dan sedap? Memasak nasi goreng mempunyai banyak cara yang berbeza bergantung kepada selera masing-masing. Disini kami kongsikan bagaimana cara memasak nasi goreng yang amat simple dan sedap sebagai panduan anda. Baca Juga: Nasi Goreng Ikan Bilis Simple Dan Sedap Sebelum anda menggoreng nasi, ingat tips ini, pastikan nasi yang anda ingin goreng tidak terlalu lembut kerana nasi yang begitu lembut akan mengurangkan tahap kesedapan nasi goreng anda. Pastikan nasi dileraikan terlebih dahulu bagi memaksima penyerapan bahan-bahan masakan nanti. Resepi Nasi Goreng Sedap Bahan-bahan resepi nasi goreng simple dan sedap Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan sebelum memasak nasi goreng yang simple dan sedap. Nasi satu pinggan Serbuk lada putih Kicap manis Kicap pekat Kicap cair Sos tiram 2 ulas Bawang putih -dihiris nipis 2 ulas bawang merah- dihiris nipis Telur ayam 1 biji- dipukul sebati Minyak makan – anggaran 2 sudu besar makan atau mengik...

Wiper Kereta - Cara Pili Wiper Kereta Terbaik

Image
Bagaimana cara pilih wiper kereta yang bagus dan terbaik? Pemilihan wiper kereta yang bagus sangat penting sekali terutama sekali pada waktu hujan yang lebat. Wiper kereta yang telah lama dan getahnya telah keras amat sukar untuk membersihkan kotoran serta air hujan pada cermin kenderaan. Ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna kerana penglihatan yang kurang jelas. Apabila penglihatan yang kurang jelas disebabkan getah wiper yang tidak lagi berfungsi dengan baik, perlunya anda menukar dengan kadar segera wiper kereta anda kerana bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri anda tetapi   sebagai keselesaan anda. Berikut adalah cara yang benar bagi memilih wiper yang terbaik untuk kenderaan anda. Pilih wiper kereta jenis silikon Apa yang kami sarankan disini, anda harus memilih getah wiper yang diperbuat daripada silikon kerana ia mampu bertahan lama dan mampu membersihkan cermin hadapan kenderaan anda dengan bersih sekali. Wiper jenis getah silikon jika digunakan semasa huja...

Kasut Kulit- Tips Kasut Kulit Tahan Bertahun-Tahun

Image
Bagaimana kasut kulit mampu bertahan selama bertahun-tahun? Sebenarnya kasut yang diperbuat dari kulit binatang memiliki kualiti yang tersendiri bergantung kepada lapisan kulit pada bahagian kulit binatang itu sendiri. Kulit yang paling tahan adalah kulit yang diambil daripada lapisan paling luar binatang dan bukannya lapisan dalam kulit itu sendiri. Jadi perlunya anda menilai jenis kualiti kasut yang anda ingin beli. Salah satu tips untuk mengetahui kulit tersebut adalah benar-benar asli adalah melalui bau pada kulit tersebut. Bau kulit yang asli memiliki bau yang unik dan asli yang sukar dimiliki pada kulit tiruan. Kasut kulit mempunyai cara dan teknik penjagaan khas bagi mengekalkan ketahannya. Jemur kasut kulit anda dibawah sinar matahari Kasut kulit anda harus dijemur di bawah sinar matahari selama beberapa jam bagi mengekalkan ketahanan dan membunuh bakteria serta kulat sekiranya ada. Lakukan 2-3 kali seminggu secara konsisten. Cara ini bukan sahaja menjaga ketahanan tetapi...

Cara Mengetahui Broker Forex Terbaik

Image
Bagaimana untuk mengetahui broker forex terbaik? Dalam dunia trading betapa pentingnya anda harus mengetahui syarikat broker yang benar-benar kukuh agar anda tidak berisiko kehilangan wang anda disebabkan syarikat broker yang tidak boleh dipercayaai. Memilih broker forex haruslah diambil kira dari pelbagai sudut misalnya adakah broker yang anda pilih telah didaftarkan oleh badan antarabangsa, sejauh mana kedudukan kewangan mereka,reputasi di dalam beberapa tahun dan juga maklum balas dari pelanggan broker itu sendiri. Cara mengetahui broker forex terbaik Untuk mengetahui broker forex yang anda pilih benar-benar memiliki kredibiliti dan reputasi yang baik, anda harus membuat sedikit kajian mengenai syarikat broker yang anda pilih. Sedikit panduan dari kami, terdapat dua cara untuk mengetahui dan menilai mengenai broker yang anda pilih iaitu 1.  Truspilot 2. WikiFX Mengetahui reputasi syarikat broker melalui Truspilot Untuk mengetahui broker yang terbaik terutama bagi p...

Popular posts from this blog

How To Check The Car For Long Trips

Why you Don't Win the Lottery

The Highest Mountain In Malaysia

Guide Buying Used Car Correctly