Posts

Showing posts from February, 2016

Cara Mudah Cek Pertukaran Mata Wang Asing

Image
Pertukaran mata wang asing akan dicari oleh kebanyakan orang apabila ingin ke luar negara, melakukan pembelian barangan di luar negara, kiriman wang, dan mereka yang bermain dalam permainan berisiko seperti permainan forex. Kadar tukaran mata wang harus dipantau dari masa ke semasa bagi membolehkan anda melakukan pertukaran wang dengan kadar yang rendah. Bagi warga Indonesia, Philippina, Thailand, Vietnam, China  dan juga Indonesia serta warganegara yang bekerja atau melancong di Malaysia, pertukaran mata wang ini amat sinonim dengan mereka. Cara mudah cek pertukaran mata wang asing secara online Sebenarnya, jika anda melakukan pencarian di internet, terdapat banyak kemudahan dari web-web untuk anda jadikan sebagai panduan melihat tukaran mata wang asing terkini, walau begitu saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk melihat kadar mata wang asing yang paling popular sekali di Malaysia sehingga web ini tersenarai dalam rank alexa.com sebagai laman yang paling kera...

Zoo Negara Ticket Price

Image
Zoo negara familiar to locals, this zoo was opened to the public on 14th November 1963 located in Ampang, Selangor, Malaysia. What I know, this zoo is managed by an NGO, namely, Zoology Association Malaysia. The zoo is not only popular among the local people but very well known all over the world. When this article was written, it is said there are 476 species of mammals, fish, amphibians, reptiles and birds. I want to share some of my experiences while visiting these places and also the latest ticket prices at the Zoo Negara as a guide to all of you. Ticket prices are the latest in zoo Malaysia Well, according to my observations and experiences during a visit to the zoo, the following is a schedule and a list of ticket prices according to category. To your knowledge Mykid and MyKad, reserved for residents only. This means that if you stay outside the country, you are in the category without Mykid or MyKad. Zoo Negara Ticket Price By Category 1. Children *...

Cara Menaiki Bas Express Dari Menumbok Ke Keningau

Image
Saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana caranya untuk menaiki bas dari Menumbok ke Keningau Sabah berdasarkan pengalaman sendiri  menaiki bas Tung Ma Nui Luk Express. Mungkin artikel ini sedikit membantu anda bagi mengetahui jadual perjalanan bas ini dan sebagai panduan kerana sesetengah dari anda mungkin tidak pernah menaiki bas ke daerah Keningau melalui Menumbok, apabila anda mengetahui sebenar jadual perjalanan daripada syarikat bas berkenaan, tentunya anda tidak akan mengalami sebarang masalah bagi mendapatkan bas. Pengalaman menaiki bas dari Menumbok ke Keningau Baik, sebelum saya menerangkan jadual perjalanan bas tersebut, saya ingin menceritakan bagaimana saya pada mulanya tidak mengetahui bagaimana untuk menaiki bas ke Keningau. Maklumlah saya selalu ke Keningau menggunakan kenderaan sendiri. Saya sebenarnya menetap di Labuan dan tentunya menjadi masalah apabila tidak mengetahui jadual bas perjalanan ini lebih-lebih lagi berlakunya hal-hal yang penting yang d...

Apa Maknanya Mimpi Babi?

Image
Jika anda meneliti astrolog bagi kaum Cina, babi melambangkan kasih sayang, ataupun mewakili cinta serta mengenai impian di dalam kehidupan anda selepas anda mimpi babi. Beberapa unsur negatif misalnya kerakusan serta keegoan harus dipertimbangkan kerana haiwan ini mewakili unsur-unsur ini. Walau begitu makna sebenar mimpi anda bergantung kepada situasi dan keadaan bagaimana anda bermimpi haiwan ini. Baik mari kita jelaskan kemungkinan-kemungkinan mengenai  maksud mimpi anda. Tafsir mengenai mimpi babi Dikatakan jika anda bermimpi babi, ia sebenarnya tidak mewakili simbol negatif sepenuhnya terhadap mimpi anda. Apabila anda melihat babi yang gemuk serta lemak yang berlebihan, ia melambangkan symbol kepada kekayaan, harta atau mengenai rezeki  anda di masa yang akan datang. Bagi kaum petani, bermimpi lemak babi yang berlebihan disifatkan sebagai rezeki pertanian yang bertambah baik atau memperolehi keuntungan yang besar hasil dari jualan pertaniaan nya pada bulan...

10 Tips Cara Jimat Minyak Kereta Perlu Diketahui Setiap Pemandu

Image
Pada awal tahun 2016 menyaksikan penurunan harga minyak petrol dan disel di seluruh dunia, walau begitu ianya tidak jauh berbeza jika anda menggunakan kereta anda setiap hari lebih-lebih lagi anda tidak mengetahui tips bagaimana menjimatkan  minyak kereta. Tips ini perlu diketahui  sebagai langkah anda untuk menjimatkan wang anda agar tidak menghabiskan sebahagian wang anda dengan hanya mengisi minyak bagi kenderaan anda. Amalkan 10 tips ini bagi menjimatkan minyak kereta anda Anda disarankan untuk mengamalkan tips-tips ini agar penggunaan bahan bakar keatas kenderaan anda dapat dijimatkan sepenuhnya. 1. Kurangkan perjalanan - Sekiranya boleh, cuba kurangkan penggunaan kenderaan anda setiap hari atau anda hanya perlu mengerakkan kenderaan anda apabila menguruskan hal-hal penting dan menggunakan kenderaan anda dengan mengabungkan semua urusan anda pada hari tersebut. Jika anda menggunakan kereta anda dengan hanya semata-mata untuk pergi membeli rokok atau surat k...

Tips Cari Hotel Paling Murah Secara Online

Image
Bagaimana cari hotel dengan harga yang murah ataupun yang paling murah sekali dengan hanya melalui online sahaja? Mungkin tips ini amat berguna bagi mereka yang sering menghabiskan masa untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga, kawan-kawan atau keluar kawasan atas dasar-dasar kerja. Sememangnya mencari penginapan dengan harga yang berpatutan dan selesai menjadi pilihan bagi semua orang kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bajet kewangan anda. Baik berikut adalah beberapa tips yang mungkin berguna kepada anda sebagai panduan. Panduan mencari hotel paling murah secara online Apabila anda merancang untuk pergi bercuti di mana-mana  negeri  di Malaysia atau luar negara yang mana anda sendiri tidak pernah mengunjungi kawasan tersebut, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah melihat map melalui telefon pintar atau melalui laptop anda kedudukan sebenar tempat anda bercuti. Anda boleh menggunakan map dengan secara online melalui google map kerana ...

Potensi Bisnes Kasut Di Pasar Malam

Image
Apakah potensi bisnes kasut di pasar malam? Hal ini selalu menjadi persoalan bagi kebanyakan peniaga yang memiliki keinginan untuk berniaga di pasar malam dan masih belum memulakan perniagaan ini lagi. Baik saya cuba memberikan beberapa idea kepada anda potensi-potensi ini berdasarkan pendapat logic serta pendapat sendiri dari orang yang berpengalaman iaitu kawan saya sendiri yang mana beliau seorang  peniaga yang menguasai perniagaan pasar malam di di Pasir Putih Kelantan. Baik berikut adalah potensi-potensi anda sekiranya ingin memulakan perniagaan di pasar malam. Potensi perniagaan bisnes kasut di pasar Malam Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan kasut di pasar malam, anda terlebih dahulu harus mengambil kira bagaimana untuk memulakan perniagaan ini dengan memikirkan tapak perniagaan anda, wang modal, kanopi, kenderaan,  lokasi, persaingan peniaga-peniaga lain serta yang paling penting sekali adalah lesen permit bagi berniaga di pasar malam yang boleh ...

3 Sebab Kenapa Artis Menyukai Aplikasi Instragam

Image
Aplikasi Instagram adalah antara aplikasi laman sosial yang amat popular sekali di dunia. Dianggarkan berjuta-jura orang dari seluruh dunia  menggunakan aplikasi ini sebagai medan perkongsian mengenai hal-hal peribadi, photo-photo, dan video berdurasi pendek. Di Malaysia sahaja, menurut ranking alexa.com pada tahun 2016, laman sosial ini berada di rangking ke 19 web yang paling kerap dilawati oleh rakyat di Negara. Ini menjadikan ia salah satu medan bagi artis Malaysia untuk membolehkan rakyat di Negara ini mengikuti perkembangan-perkembangan semasa mereka. 3 sebab kenapa artis menyukai aplikasi Instagram Baik berikut beberapa sebab kenapa artis di Negara ini menjadikan aplikasi ini sebagai medan utama mereka untuk  mengumpulkan peminat mereka. Dengan aplikasi ini artis amat dekat dengan peminat Aplikasi in membolehkan peminat  mengetahui kehidupan artis secara live atau amat dekat dengan kehidupan artis tersebut. Kerana hal ini lah artis amat menyukai apli...

Misteri Cicak Ekor Bercabang Dua

Image
Cicak ekor bercabang adalah satu fenomena haiwan yang  jarang-jarang dilihat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang berjaya menjumpai cicak rumah yang memiliki ekor bercabang dua. Dikatakan menurut kepercayaan setempat, bagi mereka yang berjaya memiliki ekor cicak bercabang akan memperolehi nasib yang baik. Di Malaysia, terdapat golongan-golongan tertentu yang mempercayai kehebatan ekor cicak bercabang yang memiliki unsur-unsur mistik yang tersendiri bagi si pemakai hinggakan terdapat ekor cicak ini dijual dengan harga ribuan ringgit. Penulis cuba merungkai sejauh manakah kepercayaan mereka terhadap misteri ini. Misteri cicak ekor bercabang dua Saya telah mengenali ramai kaum di Malaysia dan terdapat golongan yang  mengatakan bagi sesiapa yang menjumpai ekor cicak bercabang dua ini akan memperolehi nasib yang baik di dalam permainan yang berisiko seperti dalam perjudian dan pelaburan hartanah atau wang.  Walau begitu kononya terdapat beberapa syarat bagi memb...

Cara Memohon Kad Kredit Di Bank Malaysia

Image
Bagaimana cara memohon kad kredit? Dengan kad kredit anda boleh melakukan pembelian apa-apa barangan yang anda kehendaki di  kedai-kedai  yang terpilih tanpa melakukan bayaran melalui wang tunai. Walau begitu anda akan dikehendaki melakukan bayaran semula penggunaan kad kredit dalam tempoh 25-30 hari kepada pihak bank. Jika anda gagal melakukan bayaran, anda akan dikenakan faedah diatas apa yang anda pinjam kepada pihak bank.  Artikel ini memberi gambaran awal apakah persedian-persedian yang  perlu anda sediakan sebelum memohon kad kredit di mana-mana bank di Malaysia. Dokumen Persediaan Sebelum Memohon Kad Kredit Sebelum anda ingin memohon kad kredit di mana-mana bank, tentunya anda tertanya-tanya apakah persediaan yang perlu disediakan sebelum datang di bank ini. Pada kebiasaanya syarat yang ditetapkan oleh pihak bank adalah, anda haruslah memiliki pendapatan yang tetap, memiliki slip gaji, bekerja di sektor swasta atau kerajaan dan tidak dibebani oleh hut...

Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung

Image
Saat yang paling indah di dalam hidup bagi ibu adalah menyambut kelahiran si kecil setelah menjaga di dalam kandunga selama sembilan bulan. Memang saat itu adalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua keluarga bagi mengalu-alukan  kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.  Tentunya anda sebagai ibu ingin mencari pemakanan yang baik kepada janin semasa dalam kandungan terutamanya minuman susu. Antara minuman terbaik yang dicadangkan adalah susu soya yang diperolehi dari kacang soya. Walau begitu adakah susu soya selamat diminum oleh ibu yang mengandung? Susu soya dikatakan mengandungi sembilan asid amino penting yang terhasil dari kandungan protein di dalam soya tersebut. Sungguhpun demikian, pengambilan susu soya harus dikawal kerana masih terdapat kesan yang tidak baik. Manfaat kesihatan susu soya untuk ibu-ibu mengandung Susu soya mengandungi banyak kandungan asid folik yang mana mengandungi  nutrient yang amat diperlukan semasa semasa proses kehamilan. Ta...

Misteri Geliga Lipan dan Manfaatnya

Image
Geliga lipan memiliki misteri dan memiliki keistemewaan yang tersendiri  hinggakan ramai individu yang mengimpikan memiliki geliga ini. Dalam bahasa ingeris ia digelar sebagai centipede stone atau centipede pearl yang mana geliga ini boleh diperolehi menerusi haiwan berbisa iaitu lipan dan selalunya geliga ini dijumpai di bahagian mulut haiwan tersebut. Walau begitu, ianya amat sukar untuk ditemui dan hanya individu yang bernasib baik akan menemui geliga ini. Apakah keistemewaan geliga ini hinggakan raai yang mencari geliga ini? Baik berikut adalah beberapa manfaat yang dikatakan anda miliki sekiranya anda mempunyai geliga ini. Geliga lipan mampu melihat menembusi dinding Menurut bagi pencari  geliga ini, dikatakan sesiapa yang memiliki geliga lipan asli mampu melihat alam ghaib serta berkeupayaan melihat hingga menembusi dinding dengan melalui ritual-ritual tertentu dengan meletakkan geliga tersebut pada bahagian bawah lidah anda. Ada diantara mereka percaya memiliki...

Benarkah Cicak Tokek Berbisa

Image
Artikel ini memberi penerangan mengenai benarkah cicak tokek berbisa berdasarkan teori-teori asas mengenai binatang liar ini. Mungkin anda harus merujuk sepenuhnya kepada pihak hidupan liar ataupun doktor jika anda ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai haiwan liar ini. Cicak tokek atau dikenali oleh sesetengat tempat sebagai cicak Pokey ataupun Tokey. Dalam bahasa inggeris cicak ini dikenali sebagai gecko lizard dan tidak dinafikan cicak ini amat digemari oleh masyarakat barat sebagai haiwan peliharaan mereka dan bagi masyarakat asia tenggara, cicak ini amat popular beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan sesetengah individu mengatakan haiwan ini memiliki harga yang amat mahal kerana ia dikatakan mampu mengubat beberapa penyakit yang merbahaya. Pendapat-pendapat mengenai cicak Tokek Sesetengah masyarakat di asia tenggara terutama Malaysia mengatakan haiwan ini mempunyai bisa yang setanding dengan ular tedung? Benarkah begitu? Sukar untuk mengetahui adakah haiwan in...

Cara Mengetahui Siapa Melihat Mesej Anda Dalam Group Whatsapp

Image
Whatsapp adalah satu aplikasi perhubungan yang amat popular sekali pada zaman ini kerana cara kinerjanya yang amat bagus, membolehkan anda berhubung dengan sesiapa sahaja bagi mereka yang menginstall aplikasi ini dengan  secara percuma. Anda hanya mengaktifkan sahaja perkhidmatan internet di telefon pintar anda dan secara terus boleh berhubung dengan kawan-kawan anda. Tentunya anda telah tahu menggunakan aplikasi ini tetapi terlupa bagaimana mengetahui siapa melihat post atau mesej anda di dalam group Whatsapp. Baik sebelum saya menerangkan dengan secara lebih lanjut mengenai cara ini, ada baiknya saya menerangkan kenapa pihak Whatsapp melakukan tetapan seperti ini seolah-olah tiada lagi privasi seseorang. Bagi anda yang suka melihat sahaja post-post orang lain di dalam group whatssap anda tanpa melakukan komen apa-apa mengenai post kawan-kawan anda, si pengepost  sebenarnya mengetahui anda telah membaca post atau mesej tersebut secara senyap-senyap tanpa melakukan apa...

Roh Arwah Balik Rumah Selepas 3 Hari Kematian

Image
Masyarakat nusantara mempunyai banyak cerita mistik dan seram yang masih diperturunkan dari satu genarasi-ke satu gearasi yang lain. Antara kepercayaan yang paling popular adalah mengenai roh si mati atau roh arwah yang akan datang ke rumah selepas beberapa hari kematiannya. Kerana kepercayaan ini, ramai individu yang merasa takut pada waktu malam semasa kematian orang yang dikenali. Saya mempunyai rakan yang telah mencuba sendiri adakah benar roh arwah akan balik ke rumah selepas kematian ibunya. Cerita ini adalah diyakini benar kerana yang mengalami situasi tersebut terdapat beberapa orang. Saya tidak menyebutkan nama rakan saya itu bagi menjaga privasi dirinya. 3 hari selepas kematian arwah Menurut rakan saya, selepas kematian arwah ibunya  yang ke 3 hari dan dikuburkan di sebuah kampung mereka di pedalaman Sabah. Kebanyakan saudara-saudara yang lain telah mula meninggalkan rumah rakan saya itu dan hanya yang tinggal di rumahnya  hanyalah dua orang kakaknya, isteri...

Misteri Taring Babi Tunggal

Image
Babi tunggal adalah seekor babi hutan jantan yang hidup liar di hutan belantara. Dikatakan menurut kepercayaan orang-orang terdahulu dan juga pengamal ilmu mistik, taring babi tunggal ini memiliki nilai mistik yang amat ampuh hinggakan dicari-cari oleh ramai pengamal  ilmu kebatinan. Walaubegitu, taring ini amat jarang serta sukar untuk ditemukan kerana babi tunggal ini hidup secara sendirian di hutan rimba serta tidak bergaul dengan kawanan babi yang lain, ia hanya ditemukan bersama kawanan babi lain apabila tiba musim mengawan sahaja. Cara mengenal pasti babi tunggal Babi tunggal memiliki bentuk badan yang amat besar sekali berbanding dengan babi jantan yang lain serta memiliki beberapa taring yang melengkung ke belakang dan taringnya amat tajam menghala ke depan bagi taring yang belum matang sepenuhnya. Babi tunggal ini bergerak secara sendirian untuk mencari makanan di dalam hutan dan amat agresif sekali apabila bertembung dengan manusia dan berkeupayaan untuk membun...

Tips Cari Kereta Terpakai Dijual Murah Secara Online

Image
Artikel ini memberi panduan bagaimana mencari dan membeli kereta terpakai yang dijual murah dengan secara online. Setiap hari ramai yang ingin mencari kereta terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk kegunaan diri sendiri dimana mereka mengunjungi kedai-kedai use car atau kedai kereta terpakai. Tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah mencari kereta idaman anda dengan hanya melalui online sahaja? Tips dan kesempatan ini harus anda gunakan sepenuhnya bagi mendapatkan kereta yang anda inginkan. Cara mudah mencari kereta terpakai murah Tidak dinafikan kebanyakan dari anda lebih suka melakukan pilihan dengan mengunjungi kedai-kedai  kereta terpakai kerana anda akan terus melihat kereta-kereta yang dijual  di kedai berkenaan. Cara ini memang pilihan bagi semua orang tetapi agak sukar untuk mendapatkan kereta yang benar-benar sesuai dengan pilihan anda kerana kebanyakan kereta yang berfungsi dalam keadaan baik telah dibeli oleh orang lain selain itu terdapat kereta ...

Tips Dapat Nombor Telefon VVIP Di Celcom

Image
Bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon yang cantik di Celcom? Saya ingin berkongsi anda satu tips cara untuk mendapatkan nombor telefon VVIP yang mudah serta anda tidak perlu melakukan bayaran yang mahal di kedai-kedai menjual sim kad yang sebenarnya menguntungkan mereka dengan secara percuma. Jika anda lihat nombor telefon sesetengah individu terutamanya golongan yang berpengaruh, nombor VVIP milik mereka mudah untuk diingati dan memberi makna yang tertentu buat si pemakai. Cara mudah dapatkan nombor telefon cantik di Celcom Sebenarnya  saya juga sendiri tidak mengetahui cara ini, tetapi satu hari saya telah terfikir untuk mendapatkan nombor telefon sendiri yang mudah untuk diingati. Saya telah mengunjungi  sebuah shopping kompleks di Kuantan Prade dan telah pergi ke sebuah kedai  menjual sim kad VVIP. Semasa saya melihat-lihat nombor-nombor VVIP yang dijual di sebuah kedai, apa yang saya dapati kebanyakan nombor yang dijual berharga bermula RM30 hingga m...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan