Cara Pilih Tembikai Manis Yang Betul
Bagaimana petua cara memilih tembikai yang manis? Ramai di antara anda sebagai peminat tembikai mungkin akan tertanya-tanya bagaimana memilih tembikai yang telah masak ranum dan manis ya. Buah tembikai amat digemari oleh ramai orang bukan sahaja rasa nya yang sedap tetapi tembikai juga memiliki manfaat kesihatan yang sangat baik kerana kaya dengan sumber antioksidan termasuklah likopena yang mana sebagai anti kanser terhadap jenis kanser tertentu, penyakit jantung dan penyakit dibetis. Memilih buah tembikai yang manis mungkin menjadi satu cabaran bagi anda jika tidak mengetahui petua yang betul bagaimana memilih tembikai yang manis. Satu-satunya cara benar mengetahui tembikai yang manis adalah dengan memakannya dengan memilih isinya yang benar-benar kemerahan. Bagaimana pula memilih tembikai yang masih belum dipotong dijual di pasaran? Baik, berikut merupakan beberapa tip yang patut anda perlu cuba agar dapat memilih tembikai yang manis. Cara-cara memilih tembikai yang manis ...