Posts

Showing posts from July, 2023

Cara Buat Sup Ayam Ala Chinese Style

Image
Adakah anda tercari-cari cara buat sup ayam yang simple dan sedap? Kita akan berkongsi kepada anda bagaimana membuat resepi sup ayam ala Chinese style dengan bahan-bahan yang amat mudah diperolehi. Sup ayam, apabila dimasak dengan cara yang betul, akan terasa sedap sekali dan menyelerakan. Terdapat begitu banyak resepi sup ayam yang boleh anda praktikan di dalam menu masakan anda. Tips resepi pada kali ini anda boleh cuba agar tidak bosan dengan resepi yang sama sahaja. Anda mesti mahu kelainan bukan? Baik berikut adalah cara penyediaan resepi ini. Bahan-bahan resepi sup ayam ala Chinese style Ayam setengah kilo- Dipotong sederhana Labu kundur- Separuh labu kundur dan dipotong ukuran sederhana. Kulit labu kundur jangan dibuang, hanya perlu dikikis dengan pisau untuk menghilangkan lapisan putih kulit kundur . Goji berry- Satu sudu makan atau mengikut keperluan anda Kurma merah @Red date -5-7 biji atau mengikut keperluan anda Halia- Dua ulas halia ukuran sederhana besar dipecahkan ...

Benarkah Talian Telefon Anda Unlimited Internet?

Image
Benarkah talian telefon anda unlimited internet ? Pada masa ini, internet amat penting sekali pada telefon bimbit kerana pengguna dapat melayari internet utuk mendapatkan berita-berita semasa, mencari informasi, melihat video, messenger dan banyak lagi kegunaan talian internet pada telefon pintar. Persoalannya disini, benarkah internet yang anda langgan menerusi talian telco seperti Digi, Maxis, Celcom, Yes, Umobile dan lain-lain lagi benar-benar unlimited internet? Kami akan mendedahkan kepada anda bagaimana mengetahui internet yang anda langgan benar-benar mempunyai talian internet tanpa had. Baik ketahui tips-tips ini sebelum mencari syarikat telco yang benar-benar membantu pelanggan tanpa kos yang tersembunyi. Kebanyakkan talian internet telco adalah laju Tahukah anda? Setiap talian internet yang anda langgan adalah sememangnya talian internet yang boleh dikatakan laju lebih-lebih lagi sekarang kebanyakan syarikat telco menyediakan   perhidmatan 5G iaitu internet berkelaj...

Cara Screenshot Laptop Dengan Mudah

Image
Bagaiaman cara screenshot pada laptop anda? Kemahiran dalam computer ini penting dan sebenarnya terdapat banyak cara yan masih anda harus pelajari di dalam pengendalian computer. Jika anda tahu bagaimana menggunakan computer anda, pekerjaan anda akan menjadi mudah. Tahukah anda pada keyboard computer anda terdapat banyak fungsi yang patut anda pelajari kerana ianya berhubung kait dengan pekerjaan kita seharian terutama sekali di dalam urusak kerja yang memerlukan computer anda. Baik berikut adalah cara dan teknik mudah cara untuk screenshot pada laptop anda. Cara-cara screenshot laptop dengan mudah Apa yang perlu anda buat, pada keyboard laptop anda atau pada keyboard computer anda hanya perlu tekan button “ Ctrl ” dan tekan button “ PrtSc SysRq. Langkah seterusnya buka Microsoft word pada laptop anda dan klik kanan touch pad laptop dan dan paste. Jika anda ingin menyimpan gambar yang telah screensot itu tadi, klik kanan touch pad laptop dan klik “ save as picture ” dan pi...

Cara Buat Resepi Sambal Budu Yang Menyelerakan

Image
Bagaimana buat resepi budu? Mungkin anda tercari-cari bagaimana membuat resepi budu bukan? Disini kami kongsikan kepada anda resepinya. Resepi ini berdasarkan pengalaman bersama-sama dengan orang yang berasal dari pantai timur, jadi jangan anda ragu-ragu mengenai resepi ini ya. Budu merupakan satu bahan makanan yang diperbuat daripada udang berasal daripada negeri Kelantan. Budu merupakan penambah perasa makanan paling popular sekali bagi rakyat negeri Kelantan semasa mereka menikmati hidangan makanan, jadi anda tidak perlu hairan apabila rakan-rakan anda yang berasal dari Kelantan, menyediakan resepi ini semasa menikmati makanan bersama nasi. Bahan-bahan resepi sambal budu Budu Bawang merah besar- Dihiris nipis Cili padi atau cili india 7-10 biji dihiris nipis Limau nipis- 2 biji Cara-cara penyedian resepi sambal budu Langkah pertama, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris harus diletakkan pada mangkuk atau pinggan. Tuang budu ke dalam mangkuk yang berisi dengan cili ...

Cara Guna WhatsApp Web Yang Mudah

Image
Adakah anda tercari-cari cara menggunakan WhatsApp Web? Menggunakan WhatsApp Web adalah satu keperluan yang telah disediakan oleh pihak WhatsApp untuk kegunaan pelanggan WhatsApp itu sendiri. WhatsApp Web membolehkan pengguna dapat mengaksess aplikasi whatsapp menerusi computer ataupun laptop mereka sendiri. Dengan WhatsApp Web, pelanggan boleh melakukan editan terhadap laporan-laporan whatsap mengikut kerja-kerja yang merkea perlukan misalnya laporan-laporan yang diperlukan oleh majikan, memudahkan ayat diperbaiki dengan lebih baikdan kemas sekiranya ayat atau perkataan yang perlu ditaip ke dalam WhatsApp lebih panjang. Baik berikut adalah cara-cara menggunakan WhatsApp Web. Laptop atau computer mesti memiliki sambungan internet Pertama sekali, buka laptop anda atau computer anda dan pastikan ianya mempunyai sambungan internet. Jika tiada, anda boleh menyambungkan kepada hotspot pada telefon pintar anda. Apabila selesai, buka pada carian web anda, misalnya anda menggunakan caria...

Rahsia Pokok Bunga Di Halaman Rumah Berbunga Lebat

Image
Rahsia pokok bunga di halaman  rumah berbunga lebat. Adakah anda suka menanam pokok bunga di kawasan halaman rumah anda? Bagi mereka yang suka menanam pokok bunga di kawasan sekitar halaman rumah, sudah tentunya anda mahukan pokok-pokok bunga anda bukan sahaja hidup subur tetapi pokok bunga tersebut berbunga lebat bukan? Terdapat beberapa tips yang kami kongsikan kepada anda sebagai satu rahsia bagaimana membuatkan pokok bunga yang anda tanam berbunga lebat. Sebenarnya jika anda mengetahui cara ini sudah tentunya, halaman rumah anda akan dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mengembang cantik dan menarik di pandangan mata dan sebagai satu terapi untuk ketenangan mata sesiapa yang memandangnya. Baik berikut adalah beberapa tips yang patut anda amalkan. Penggunaan tanah kompos Penggunaan tanah kompos amat mempengaruhi tahap kesuburan pokok bunga yang anda tanam. Ini adalah asas permulaan untuk menanam apa pun jenis pokok yang ditanam. Apakah jenis tanah yang anda gunakan pada poko...

Berapa Lama tempoh Mengecat Kereta Siap?

Image
Berapa lama tempoh mengecat kereta anda? Artikel ini memberi panduan kepada anda berapa lama tempoh mengecat sesebuah kereta apabila anda menghantar ke bengkel untuk mengecat kereta anda. Tanda kereta anda harus dicat semula apabila warna kereta telah menjadi pudar dan juga kereta mengalami kemalangan. Dimana tempat anda boleh mengecat kenderaan anda? Sudah tentunya tempat mengecat adalah melalui bengkel kedai mengecat kereta di kawasan anda. Merancang untuk menghantar kereta di bengkel cat kereta harus mememelukan perancangan yang tepat agar anda tidak tertunggu-tunggu terlalu lama untuk kereta anda disiapkan. Tempoh mengecat bergantung kepada bahagian mana yang perlu dicat Sebenarnya, tempoh untuk siap bagi kereta anda bergantung kepada   bahagian mana yang hendak anda cat, sama ada bahagian kereta yang kemek sahaja, bahagian yang mengalami kemalangan atau mengecat pada keseluruhan bahagian luar dan dalam kereta anda. Baca Juga: Punca Cat Warna Kereta Menjadi Pudar Jika a...

Cara Memperbanyak Pokok Bunga Di Halaman Rumah Anda

Image
Bagaiman cara memperbanyak pokok bunga anda? Mungkin anda memiliki satu pokok yang anda sayangi di halaman rumah anda dan ingin memperbanyak pokok tersebut dengan cara yang cepat. Jika anda tahu cara memperbanyakkan pokok bunga anda dengan cara yang betul, anda akan mencintai pekerjaan anda yang suka menananam bunga di halaman rumah. Kaedah memperbanyak pokok bunga telah diamalkan oleh kebanyakan nuseri bunga sejak sekian lama dan kami akan berkongsi kepada anda teknik dan cara yang betul agar pokok bunga dapat diperbanyakkan dengan cara yang cepat. Baik berikut adalah cara yang betul bagaimana menggunakan kaedah ini. Teknik keratan batang Teknik yang kami maksudkan adalah teknik keratan batang. Kaedah ini telah diguna pakai oleh ramai petani sejak dari dulu lagi bagi mengembangkan pokok yang mereka tanam. Walau begitu, sebagai pengetahuan anda tidak semua pokok dapat ditanam dengan menggunakan cara ini tetapi bagi kebanyakan pokok bunga pula, selalunya kaedah ini adalah berkesan...

Petua Cara Hilangkan Kelemumur Rambut Dengan Limau Kasturi

Image
Adakah anda menghadapi masalah rambut berkelemumur? Petua ini akan mengajar bagaimana cara menghilangkan masalah kelemumur anda dengan bahan dari rumah sahaja iaitu dengan limau kasturi. Petua ini berdasarkan tips-tips yang dikongsikan daripada orang ramai sebagai panduan kepada mereka yang mengalami masalah kelemur. Menghadapi masalah rambut berkelemumur disebabkan oleh pelbagai punca yang menjadikan rambut anda menghadapi masalah kelemumur misalnya seperti kulit kering, kulit kepala terlalu berminyak dan disebabkan oleh kehadiran kulat yis yang memakan minyak pada kulit kepala. Berikut adala petua bagaimana menghilangkan masalah kelemumur dengan limau kasturi. Cara hilangkan kelemumur pada rambut dengan limau kasturi Bahan-bahan 7-11 biji limau kasturi Syampu Cara-cara   penggunaan syampu bersama limau kasturi Limau kasturi perlu diperah untuk mendapatkan air perahannya dan dimasukkan ke dalam syampu anda bersama-sama. Pastikan air perahan limau kasturi itu digaul hin...

5 Kelebihan Memakai Jam Tangan G-Shock

Image
Adakah anda seorang peminat jam tangan? Artikel pada kali ini adalah mengenai kelebihan memakai jam tangan G-shock yang begitu popular sekali di pasaran dunia. Memakai jam tangan amat penting sekali di dalam kehidupan seharian kita agar dapat menepati masa di dalam urusan yang penting. Jam tangan bukan sahaja dijadikan sebagai alat perhiasan diri tetapi sebagai symbol kepada pemakai jam tangan itu sendiri sama ada ia dari golongan yang berkemampuan atau sebaliknya. Di pasaran terdapat pelbagai jenam jam tangan dengan design yang begitu menarik, tetapi bagi penulis kualiti sebuah jam tangan itulah yang lebih penting. Jam tangan tahan lasak Jam tangan G-shock dicipta asalnya dari negara Jepun untuk aktiviti yang lasak. Kini jam tangan asli G-shock telah ada pemasangan di Thailand dan begitu juga China. Jika anda memakai jam tangan G-shock terutama bagi aktiviti outdoor, memang terserahlah ketahanan jam tangan ini dan ia dapat dibuktikan apabila anda masih mampu memakai tangan ini s...

3 Kelebihan Membeli Perhiasan Stainless Steel

Image
Adakah anda pernah memakai perhiasan yang diperbuat daripada stainless steel? Mungkin perhiasan tersebut merupakan gelang tangan, rantai tangan, cincin, anting-anting, subang dan juga rantai leher. Sesetengah anda mungkin pernah memakai alat-alat perhiasan seperti ini terutama wanita tetapi adakah ianya benar stainless steel yang asli? Kebanyakkan alat perhiasan yang dijual di pasaran adalah diperbuat daripada besi dan diselut dengan krum. Ini bermakna, jangka hayat bagi alat perhiasan ini tidak lama dan senang cepat pudar. Jadi betapa pentingnya anda mencari alat perhiasan yang tahan lama untuk pudar walau harga yang murah. Berikut adalah beberapa kelebihan jika anda membeli alat perhiasan yang diperbuat dari stainless steel yang asli. Tahan karat dan tahan pudar Stainless steel merupakan sejenis keluli yang amat tahan karat dan tidak hairan stainless stell ini begitu popular sekali di dalam pembuatan keluli dan begitu juga di dalam pembuatan alat-alat perhiasan seperti cincin, ...

Melancong Ke Sarawak Jangan Lupa Makan resepi Mee Kolok!

Image
Adakah anda berhasrat untuk melancong ke negeri Sarawak? Jangan lupa makan mee kolok @ mi kolok! Sarawak adalah satu negeri yang paling terbesar sekali di negara ini dan pelbagai tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi di negeri ini.  Begitu juga menu masakan yang begitu unik dan menarik serta sedap-sedap sekali. Artikel ini adalah berkenaan dengan satu menu masakan yang saya akan ingat sampai bila-bila apabila mengunjungi tempat ini iaitu masakan resepi mee kolok Sarawak. Kenapa mee kolok Sarawak? Sedap ke? Ya, saya berterus terang mee kolok Sarawak adalah sangat sedap sekali dan bagi anda yang pernah datang ke negeri, tidak sah jika anda tidak menikmati masakan mee kolok Sarawak yang bayak dijual di kedai-kedai makan di negeri ini. Mengapa resepi ini sedap? Baik, ini adalah pendapat peribadi saya sendiri berkenaan mee kolok Sarawak. Rasa mee yang tidak terdapat di negeri-negeri lain Bahan resepi mee kolok Sarawak hanya terdapat di negeri Sarawak sendiri. Oleh sebab itu...

Resepi Sambal Cili Chinese Style

Image
Terdapat banyak cara bagaimana untuk menyediakan resepi sambal cili. Pada kali ini kita berkongsi bagaimana cara buat resepi sambal cili Chinese style yang begitu simple sekali tetapi jika kena pada masakan yang dihidangkan, anda akan begitu berselera sekali. Resepi ini selalunya dimakan oleh kaum Cina semasa menikmati hidangan sarapan pagi di kedai-kedai makan seperti kolo mee, mee goreng, mee kampua, mee basah, mee sup, dan pelbagai lagi masakan berasaskan mee.  Gambar Hiasan Selain dari itu resepi sambal cili ini juga diamalkan olek kaum mereka apabila menikmati  masakan herba seperti herba sup ayam, sup bakuteh, dagin masak berkicap dan lain-lain lagi hidangan. Bahan-bahan resepi sambal cili Chinese style Baik, berikut adalah cara-cara penyediaan bahan-bahan bagi resepi yang amat simple ini untuk anda sediakan. Bahan-bahan ini amat mudah diperolehi di kedai-kedai runcit dan pasar serta pasaraya dengan harga yang masih berpatutan. Bahan-bahan Cili- 10-20 biji dihi...

Cara Buat Resepi Sambal Belacan - Simple Dan Sedap

Image
Bagaimana menyediakan resepi sambal belacan yang simple dan sedap menyelerakan? Jika resepi yang kita buat kena pada caranya, ia boleh menyebabkan kita makan nasi hingga menjilat jari walaupun lauk yang kita makan bersama dengan nasi kurang menyelerakan. Resepi sambal belacan ini memang popular di negara ini sejak dari dulu lagi dan sebagai resepi turun temurun bagi kebanyakan rakyat di negara ini dan dihidangkan makan bersama nasi. Cara penyedian adalah mudah dan bahannya pula senang diperolehi. Bahan-bahan resepi sambal belacan Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan bagi penyediaan resepi sambal belacan yang sedap. Bahan-bahan ini anda boleh perolehi di kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasar tani. Belacan- 2cm hingga 3cm atau mengikut keperluan Cili padi- 10 biji keatas Limau nipis-4-5 biji bergantung kepada besar limau nipis tersebut Bawang merah- 4-5 ulas, (dihiris) Garam Cara-cara penyediaan resepi sambal belacan Masukkan cili padi, sedikit garam, bawang mera...

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Image
Bagaimana cara buat sambal cili yang boleh menyebabkan anda bertambah-tambah pinggan nasi semasa makan? Mungkin sesetengah dari anda tidak tahu bagaimana membuat resepi sambal cili yang sedap. Tidak mengapa, kami akan menunjukkan anda bagaimana membuat resepi simple ini yang membuat telinga anda berasap kerananya. Baca Juga: Resepi Ayam Masak Kicap Sabah Ini mungkin resepi yang simple tetapi percayalah, selera makan anda akan bertambah baik. Resepi ini selalunya diamalkan oleh penduduk di utara borneo iaitu Sabah. Amalan resepi ini telah mereka amalkan selama bertahun lamanya dan tidak hairan setiap kali makan, resepi ini wajib ada dihidangkan ketika mereka makan nasi. Gambar Hiasan Bahan-bahan resepi sambal cili dengan limau nipis Berikut adalah beberapa bahan yang perlu disediakan semasa membuat resepi sambal yang menyelerakan ini. Limau nipis- 2 biji (Dihiris nipis) Cili padi-7-10 biji Garam- Secukup rasa Cara-cara membuat resepi sambal cili Masukkan cili padi berserta gar...

Apa Punca Bunyi Kuat Semasa Kereta Membelok?

Image
Pernahkah anda mengalami semasa membelok kereta di kawasan u-turn terdapat bunyi yang kuat seperti krakk..! Lebih kurang seperti itu bunyi kedengaran. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui puncanya, adalah lebih baik untuk ke bengkel berhampiran dengan segera untuk melakukan pemeriksaan. Bunyi kuat semasa membelok sebenarnya berpunca disebabkan terdapat masalah yang berlaku keatas suspension kenderaan anda. Selalunya kenderaan yang akan mengalami hal ini adalah kenderaan yang telah berusia. Oleh itu pemeriksaan rapi mesti dilakukan dengan segera. Punca bunyi kuat semasa kereta membelok u-turn Tips ini sebenarnya dikongsi atas pengalaman saya sendiri untuk tatapan pembaca sebagai panduan sekiranya mengalami hal yang sama. Beberapa bulan yang lepas, saya menyedari semasa membelok kereta Proton Gen2 di kawasan yang tajam iaitu kawasan u-turn, saya mendapati terdapat bunyi kuat iaitu bunyi seperti krak! Semasa u-turn menghala ke sebelah kanan. Saya cuba menghantar ke bengkel yang berh...

Petua Ampuh Cara Hilangkan Ketuat Selama-lamanya

Image
Adakah anda mengalami ketuat? Penyakit ketuat boleh menyerang sesiapa sahaja. Penyakit ketuat disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV) dan tersebar melalui persekitaran yang tidak bersih hingga seseorang itu boleh dijangkiti oleh ketuat dan tersebar lagi melalui sentuhan. Jadi jika anda mengalami penyakit ketuat, berhati-hati mengenainya dan jangan menyentuh mana-mana anggota badan yang lain apabila anda menyentuh penyakit ketuat kerana ia sangat berisiko untuk virus penyakit itu untuk menyebar. Tips ini kami kongsikan kepada anda berdasarkan pengalaman orang lain yang telah sembuh disebabkan penyakit ketuat yang dialami oleh mereka. Dapatkan serbuk kapur sireh Tahukah anda, ketuat amat mudah dihapuskan hanya melalui serbuk kapur sireh? Petua ini sebenarnya telah diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu bagaimana menghapuskan ketuat yang terdapat di dalam anggota tubuh kita dan cara ini berkesan jika diamalkan dengan rawatan yang bentul. Picture by, James Heilman , Licenced ...

Tawaran Menarik ASB Financing BSN

Image
ASB Financing BSN . Adakah anda mempunyai simpanan tetap setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda atau anda mempunyai simpanan di ASB? Menyimpan ini perlu bagi persediaan di masa hadapan sekiranya berlaku sesuatu hal yang penting yang memerlukan wang untuk digunakan. Penulis ingin berkongsi kepada anda satu tawaran yang dikongsikan daripada staff Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu sebuah tawaran simpanan jangka panjang yang digelar sebagai ASB Financing. Jika melihat tawaran tersebut, ianya kelihatan agak menarik kerana ia mampu memberi keuntungan yang lumayan sekiranya menyimpan melalui pakej ASB Financing. Staf BSN telah berkongsi tiga perbandingan dan kelebihan menyimpan di ASB Financing. Berikut adalah 3 perbandingan yang dikongsikannya. Menyimpan RM 300 sebulan di akaun biasa selama 10 Tahun Merujuk kepada perkongsian daripada   staff BSN itu, jika seseorang itu menyimpan sebanyak RM 300 sebulan di dalam akaun simpanan biasa anda dengan formula kira-kira se...

Pakej Tawaran Menarik Umobile Prepaid Plan 2023

Image
Umobile prepaid plan. Adakah anda  tercari-cari pakej tawaran telco yang menarik? Pada tahun 2023, kami berkongsi dengan sebuah tawaran yang agak menarik daripada umobile yang boleh anda pertimbangkan untuk melanggan pakej daripada mereka. Baca Juga: Tawaran Gila Umobile Postpaid Plan Untuk mengenal pasti tawaran tersebut adalah menarik atau sebaliknya perlunya anda melihat kepada pakej yang merek tawarkan sama ada pakej tersebut lebih murah berbanding dengan pakej yang ditawarkan oleh syarikat telco yang lain sperti Celcom, Yes, Maxis, Digi dan lain-lain lagi. Baik tanpa membuang masa mari kita melihat tawaran daripada umobile prepaid plan 2023. Pakej tawaran umobile prepaid 2023 Pakej tawaran Prepaid U25 Bayaran bulanan: RM 25 Daily Spees Booster: Uncapped 5G/4G, speed (30 hour/month) Data: Unlimited dengan kelajuan 3 mbps Call: Unlimited Fair Usage Policy (FUP):  30GB Pakej tawaran Prepaid U35 Bayaran Bulanan: RM 35 sebulan Daily Spees Booster: Uncapped 5G/4...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan